Asuh

“Anak Saya Ni Nakal!”- Jangan Begini, Ubah Ayat Bila Cerita Tentang Anak Kepada Orang Luar Seperti Ini…

27
SHARES
perihal anak

Orang tua mana yang tidak suka menceritakan perihal anak mereka yang baik kepada orang luar. Namun, ada juga ibu bapa yang cuba ‘merendah diri’ dalam bercerita, tanpa sedar telah mengeluarkan kata-kata yang ke arah negatif. Lebih buruk lagi, jika anak itu sendiri yang mendengarnya.

Melalui perkongsian ilmu keibubapaan dari Puan Wawa Shauqi, elak dari menggunakan perkataan negatif ketika membuka topik anak. Dalam ingin merendah diri, penggunaan ayat perlulah betul kerana anak yang mendengarnya akan menanam kepercayaan bahawa itu adalah dirinya sekaligus, membentuk siapa dirinya di masa depan.

Baca juga: “Hari-Hari Cikgu Suruh Colour, Tak Ada Kerja Lain Ke?”- Rupanya Ada Sebab Kenapa…

PERIHAL ANAK DICERITAKAN PADA ORANG LUAR

Gambar Ilutrasi: Nazr Syaff.

Jangan buat silap macam ini:

  1. “Anak saya ni pemalu sikit.”
  2. “Anak saya ni nakal!”
  3. “Anak saya ni belajar tak pandai.”

Ibu ayah. Jangan sesekali sebut perkataan begini depan anak. Walaupun hakikatnya kita kononnya nak ‘humble’ depan orang lain.

Sekali kita sebut, anak akan percaya. Dan tanam dalam-dalam sifat ni dalam diri dia.

Kepercayaan tersebut, akan menjadi self image mereka. Dan ia akan membentuk tabiat anak. Dan tabiat tersebut akan membentuk siapa anak di masa akan datang.

Kalau anak dengar kita sebut dirinya ‘pemalu’, secara automatik sifat pemalu akan terbina dalam diri anak.

Bayangkan kalau dia dengar kita sebut dia ‘jahat’. Alangkah ruginya kita. Kerana kita membuka seluas-luasnya kepercayaan dalam dirinya bahawa dia memang jahat.

Positifkan ayat tentang anak-anak kepada orang luar

Sedangkan kalau kita tukar sedikit ayat, kita boleh ilhamkan karektor luar biasa pada diri anak.

1. Tukar “Anak saya pemalu.”

Kepada:“Anak saya awal-awal memang macam ni. Nanti dia dah ok, banyaklah cakapnya tu.”

2. Tukar “Anak saya ni tak pandai.”

Kepada: “Anak saya ni kalau bagi peluang, boleh pandai cepat ni Insya Allah. Saya nampak potensi dia.”

3. Tukar “Anak saya ni nakal.”

Kepada: “Anak saya ni nampak aktif. Mungkin sebab dia excited terlebih. Tapi, bila dia buat baik, sejuk hati kami. Kalau pesan baik-baik Insya Allah dia dengar.”

Kadang-kadang, anak kita ni asalnya ok je.

  • Boleh je behave kalau dipesan.
  • Rajin je mengemas kalau kita motivate.
  • Mau je makan sayur kalau dipujuk.
  • Mau je ramah kalau ada yang pandai mengajak sembang.

Tapi kerana telinga mereka mendengarkan kata-kata dari mulut kita, perkara yang baru terdetik sikit dalam diri mereka, terus mereka pahat jadi imej diri.

Jadi lepas ni, walau serakah manapun perangai anak kita, elak bercerita pada orang. Lebih-lebih lagi jika anak ada bersama. Nampak macam anak sedang leka. Tapi sebenarnya, mereka sedang pasang telinga.

Rajin mengumpat kebaikan anak bersama pasangan

Sebaliknya, rajin-rajin ajak pasangan ‘mengumpat’ kebaikan anak. Pastikan anak pun sedar yang diri mereka ‘diumpat’.

“Abang tau. Tadi anak kita tolong saya kemas rumah. Rajin betul. Bangga saya dengan dia.”

“Sayang, hari ni adik berjaya makan sayur. Hebat kan dia!”

Kata-kata yang positif tentang anak, akan membentuk imej diri anak yang baik. Begitu juga sebaliknya. Bentuk imej diri anak yang positif dengan kata-kata yang positif.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×