Asuh

“Hari-Hari Cikgu Suruh Colour, Tak Ada Kerja Lain Ke?”- Rupanya Ada Sebab Kenapa…

27
SHARES

Mewarna merupakan salah satu aktiviti untuk mempraktiskan kemahiran koordinasi visual dan motor kanak-kanak. Tenaga pengajar membekalkan latihan ini bukan sekadar suka-suka, ada sebabnya. Justeru itu, ibu bapa usah lah memandang rendah dengan aktiviti tersebut.

Menurut OT Puan Mahfuzah Zainol, bukan mudah untuk mengawal pergerakan tangan sekiranya pelajar tiada kemahiran tersebut. Malah, aktiviti kemahiran mewarna juga perlu sesuai dengan tahap seseorang murid.

Baca juga: Guna Teknik ‘Tutup Buku’, Bantu Anak Dyslexia & ADHD Fokus Membaca!

BUKAN MUDAH KAWAL PERGERAKAN TANGAN JIKA TIADA KEMAHIRAN

Sekadar gambar hiasan: Google.

“Hari-hari cikgu suruh kaler saja..tak ada kerja lain ke?” Saya pantang kalau ada orang komen pasal aktiviti mewarna ni.

Aktiviti mewarna bukan setakat kaler-kaler suka hati. It is all about visual and motor coordination skills.

Bukan mudah untuk mengawal pergerakan tangan jika seseorang murid tiada kemahiran tersebut. Cuma aktiviti kemahiran mewarna perlu sesuai dengan tahap murid tersebut.

Tak perlu bagi gambar pemandangan yang indah di tepi pantai, jika murid masih pada tahap menconteng. Boleh guna bentuk geometri mudah sahaja dulu.

Gunakan gambar kecil untuk lebih fokus. Daripada hasil mewarna juga cikgu boleh mentafsir kaedah pengajaran yang sesuai dengan murid ini.

BUKAN SALAH PADA AKTIVITI MEWARNA, CUMANYA…

Sekadar gambar hiasan: Pinterest.

Cuma kena faham tahap mewarna seseorang murid, barulah kita boleh target apa capaian dia seterusnya. Bukan bagi gambar mewarna daripada awal sampai hujung tahun tapi tak ada apa-apa evaluation.

Perkara-perkara begini amat penting walaupun ia nampak sangat remeh.

Tak perlu merendah-rendahkan aktiviti mewarna. Mari kita empower cikgu buat aktiviti mewarna yang bermakna untuk murid berkeperluan pendidikan khas.

Sekian, sedikit perkongsian tentang kemahiran mewarna.

Bukan salah pada aktiviti mewarna itu. Cuma kita tak mahir mengendalikan aktiviti itu dan menampakkan ia kemahiran yang sangat remeh.

“SETUJU SANGAT DENGAN APA YANG PUAN SHARE TU…”- NETIZEN

Meninjau di ruangan komen, ternyata ramai dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan perkara ini. Menurut mereka, aktivit mewarna bukan sekadar aktiviti, tetapi pemangkin dalam peningkatan pelbagai kemahiran lain.

Malah, terdapat netizen yang menyatakan aktiviti kemahiran mewarna lebih kurang sama juganya dengan aktiviti kemahiran menggunting. Bukan mudah nak memahirkan aktiviti tersebut.

Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×