Asuh

Guna Teknik ‘Tutup Buku’, Bantu Anak Dyslexia & ADHD Fokus Membaca!

7
SHARES

Kanak-kanak yang mempunyai disleksia dan ADHD, perhatian mereka mudah terganggu. Terutamanya ketika membaca buku dan dibekalkan pula buku yang mempunyai banyak daya tarikan seperti tulisan, nombor, warna dan gambar.

Justeru itu, Doktor Rozanizam Zakaria telah berkongsikan teknik ‘tutup buku’ atau reading window untuk membantu kanak-kanak ini fokus dengan apa yang mereka baca. Menurut beliau, teknik ini efektif kerana dapat menapis pelbagai ransangan yang tidak perlu ketika membaca.

Baca juga: Jangan Bagi ‘Silent Treatment’ Bila Beri Pengajaran Pada Anak, Terangkan Salah Mereka

BANTU MENAPIS PELBAGAI RANSANGAN YANG TAK PERLU

Teknik “reading window” bantu anak fokus.

Dalam buku Psikologi Si Kecil, saya ada kongsikan teknik ‘tutup buku’ sebagai salah satu teknik yang boleh digunakan untuk bantu kanak-kanak dyslexia dan ADHD untuk fokus dengan apa yang dibaca.

Ia membantu mereka untuk fokus kerana alat bantu belajar ini membantu menapis pelbagai ransangan yang tak perlu bila membaca. Terutama kalau buku yang banyak tulisan, nombor, warna dan gambar macam buku teks sekolah.

Nampak simple, tetapi bermakna.

HANYA MENGGUNAKAN KERTAS A4 DAN GUNTING

Guna kertas A4 dan gunting sahaja.

Saya pun belajar buat window reading ini dari OT Puan Mahfuzah Zainol, waktu beliau berkongsi topik dyslexia.

Kita yang tak ada ADHD, dyslexia atau lain-lain masalah pembelajaran mungkin tak menghargai bagaimana simple coping techniques in teaching boleh membantu anak-anak ini.

Dalam buku Psikologi Si Kecil saya ada kongsikan 20 tips lain yang boleh membantu. Apa yang penting, ibubapa kena faham, beri sokongan dan paling penting, belajar untuk lebih memahami.

“SAYA PUN GUNA STYLE LEBIH KURANG BEGINI…LEBIH MUDAH MEMBACANYA”

Menjengah di ruangan komen, terdapat sebilangan ibu bapa yang sudah pun mempraktikkan teknik ‘reading window’ ini. Ia ternyata berkesan dan amat membantu anak-anak mereka yang menghadapi ADHD ketika membaca.

“Ya betul. Saya guna teknik begini dengan anak saya Doktor. Masuk Iqra’ 3dah mencabar bagi dia, guna teknik begini senang dia dapat dan mudah baca,” komen seorang netizen.

Sumber: Facebook Dr Rozanizam Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×