Asuh

Jangan Bagi ‘Silent Treatment’ Bila Beri Pengajaran Pada Anak, Terangkan Salah Mereka

9
SHARES

Menghukum anak atas kesalahannya adalah perkara lazim dilakukan oleh ibu bapa sebagai tanda pengajaran untuk mereka perbetulkan kesilapan. Namun, dalam menghukum perlu juga menjelaskan tentang kesalahan yang dilakukan oleh anak.

Melalui perkongsian ilmu keibubapaan dari Puan Wan Nur Syakira, tindakan ‘silent treatment’ atau senyap tak bercakap dari ibu bapa akan menyeksa emosi dan beri kesan sangat buruk pada si kecil. Maka, komunikasi yang sihat begitu penting.

Baca juga: 5 Cara Untuk Bina Suasana Keluarga Bahagia, Baru Anak Tak Bergaduh!

MENYEBABKAN EMOSI ANAK TERJEJAS & BERI KESAN BURUK

Gambar hiasan: Google.

Silent treatment atau senyap tak bercakap dalam memberi pengajarannya kepada silap anak sangat menyeksa emosi anak dan beri kesan sangat buruk pada mereka.

Sebagai orang dewasa dan ibu bapa, berkomunikasilah dengan sihat.

  1. Ada silap, bincang secara berdepan dengan anak.
  2. Dengar cerita dari sisi mereka sepenuh perhatian.
  3. Tegur dengan jelas apa silap dan kenapa ianya silap.
  4. Boleh nyatakan kecewa dan marah kita.
  5. Andai kita ibu bapa perlu masa untuk redakan marah, terus terang dengan baik pada anak, ” Ibu ayah perlu masa untuk
    redakan marah dan kecewa ni. Ibu ayah sayangkan kamu, cuma beri masa ya sekejap untuk ibu ayah tenangkan diri “.
  6. Latihlah diri sendiri sebagai ibu bapa untuk cepat memaafkan anak, kerana apabila besarnya dan cepatnya kita beri kemaafan, akan besar dan cepat juga anak akan berubah.

Berpada-padalah dan ihsan lah ketika mendidik anak, lagi-lagi kalau anak masih belum mumayyiz dan berada di sekolah rendah. Dalam menghukum mereka, fahami juga bagaimana mereka berfikir.

ANAK 6 TAHUN KE BAWAH OTAK LOGIKNYA MASIH BELUM TERBENTUK

Gambar hiasan: Getty Images.

Tahu tak anak 6 tahun ke bawah otak logik ya masih belum terbentuk? Hanya otak emosi saja berkembang ketika umur macam ni.

Bahagian frontal lobe (otak logik) hanya berkembang umur 6 tahun hingga mereka dewasa. Perkongsian oleh Doktor Rozanizam Zakaria.

Impak dia besar, dalam dan lama pada kehidupan anak. Ramai dewasa yang saya temui masih tak boleh move on dari trauma sebegini.

Kebanyakan ibu ayah yang marah sampai tahap ini, hakikatnya salah anak tu sebahagian sahaja yang selebihnya sebab faktor sendiri:

  • Trauma sendiri yang tak selesai.
  • Penat.
  • Burnout.
  • Projection (marah dekat orang lain tapi project pada anak).

Belajar kawal 4 benda di atas, supaya tak jadi 10 benda di atas. Kalau tak, percayalah, kita sedang mewariskan sesuatu kepada anak.

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×