Asuh

5 Cara Untuk Bina Suasana Keluarga Bahagia, Baru Anak Tak Bergaduh!

10
SHARES

Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jangan salahkan anak-anak andai perangai mereka tidak menyenangkan hati sekiranya apa yang ditunjukkan ibu bapa di hadapan mereka pun tak jauh bezanya.

Menghidupkan suasana keluarga bahagia bukan mudah, sebagai ibu bapa banyak contoh tauladan yang perlu ditunjukkan di depan anak-anak. Justeru itu, jom ikuti lima saranan dari Doktor Redza Zainol untuk membina suasana lebih bahagia di dalam rumah. Barulah tak tambah sakit kepala!

Baca juga: 10 Sumber ‘Real Food’ Boleh Dapat Di Pasar Raya, Baru Anak Lebih Sihat!

BALIK DARI KERJA BARULAH OTAK TAK SERABUT…

Gambar hiasan: YuriArcursPeopleImages – Freepik.com

Kalau anak-anak asyik bergaduh, rasa otak serabut setiap kali balik ke rumah, ada baiknya kita tengok diri kita dulu. Nak keluarga yang bahagia, nak pasangan tenang, ilmunya itu kita yang kena belajar.

BINA SUASANA YANG LEBIH BAHAGIA DI RUMAH DENGAN 5 CARA INI

1. JAUHKAN DIRI DARI ANAK KETIKA SEDANG MARAH

Gambar hiasan: PittsBurghParent.com

Jauhkanlah diri dari anak ketika kita marah. Bila kita marah, kita akan mula jerit-jerit. Kita akan guna bahasa kasar sampai caci maki anak sendiri.

Nak tegur anak, biar kita dan anak sama-sama tenang dulu. Duduk dan biar mata kita separas. Jaga tangan supaya tak naik tanpa kita sedar.

2. MUHASABAH DIRI BILA TERLINTAS NAK BANDINGKAN ANAK-ANAK

Muhasabah diri kita bila terlintas hati nak bandingkan anak depan adik-beradiknya yang lain. Tak ada satu anak pun yang serupa. Setiap anak karakternya berbeza, kepandaian pun berbeza.

Cukuplah dengan hanya menjadikan kakak atau abang sebagai sumber inspirasi pada adik yang lain.

3. JAUHKAN DIRI DARI RASA SAYANG ANAK BERSYARAT

“Mama cuma sayang abang kalau baik, kalau pandai, kalau buat kerja rumah.”

Cinta mak ayah pada anak tu tak bersyarat sebab anak tu amanah dari Allah. Baik buruk anak, dia tetap anak kita. Tugas kita ialah didik dia selagi kita berdaya.

4. MENGUGUT ANAK-ANAK

Gambar hiasan: BeingTheParent.com

Mengugut anak itu tanda skil komunikasi kita dengan anak sangat lemah.

Contoh mengugut:

  • “Kalau tak susun kasut dalam almari, petang ni papa tak bagi keluar..”

Cara yang lebih baik:

  • “Kasut ni Anas tolong letak dalam almari.” (Selepas 2 minit)
  • “Papa rasa Anas lupa letak kasut dalam almari.” (Selepas 2 minit)
  • “Jom kita susun kasut sama-sama.”

5. BERHATI-HATI JANGAN MEMBUKA AIB ANAK DEPAN ORANG LAIN

Hati-hati supaya tak terbuka aib anak depan orang lain.

“Baiknya anak you ni. Elok je dia duduk dari tadi.

“Baik? Ishhh, budak ni kuat berlakon. Kalau kat rumah, ni lah hantunya.”

Bila orang puji anak kita baik, ucaplah Alhamdulillah dan terima kasih. Aminkan kata-kata mereka moga jadi kenyataan.

Kawan-kawan, ambil peluang masa anak masih kecil untuk baiki diri kita. Menjadi seorang ibu atau ayah adalah perjalanan kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. Sungguh.

Layanlah anak seperti mana yang kita harapkan mereka layan kita bila kita tua nanti.

Sumber: Facebook Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×