Asuh

10 Sumber ‘Real Food’ Boleh Dapat Di Pasar Raya, Baru Anak Lebih Sihat!

14
SHARES

‘Real food’ atau bahasa mudahnya, sumber makanan asli yang kaya dengan mineral dan vitamin dihasilkan secara semula jadi. Ia bukannya secara ultra proses iaitu makanan yang diproses secara berlebihan termasuklah campuran bahan kimia tambahan.

Contohnya, bagi pemanis asli boleh menggunakan madu, gula kelapa, gula tebu asli sebagai pengganti gula putih. Terdapat pelbagai sumber ‘real food’ di pasar raya yang mudah untuk didapati. Jom baca perkongsian bermanfaat ini dari Puan Mazliana Mazlan.

Baca juga: Nak Sedapkan Perasaan, Ibu Bapa Jangan Abaikan Gerak Hati. Ini Tanda Awal Anak Ada Autisme!

JOM CUBA BERI SUMBER MAKANAN TERBAIK BUAT AHLI KELUARGA

Gambar hiasan: ClevelandClinic.org.

“Ini tak sesuai, itu kena elakkan, jadi apa je anak boleh makan?”

Selalu tau saya dapat soalan macam ni. Jom harini kita tengok. Saya kumpul terus semua gambar dekat sini.

Pilihan real food untuk anak di pasar raya terlalu banyak sebenarnya. Cuma kita je, mungkin jarang pergi ke bahagian macam ini.

Kita tour pasar raya secara virtual bersama jom. Cari bahagian yang sepatutnya kita pergi. Sebab semuanya start dengan barang apa yang kita beli bawa balik ke rumah.

Barang baik dan segar kita beli, itu yang anak makan. Barang kurang baik dan tinggi proses kita beli, itu yang anak makan. Yang sebenarnya, kita yang pilih nak beli barang baik atau kurang baik tu kan.

Semua real food dalam gambar ini, kita boleh olah jadi makanan pagi, tengahari, malam, dan snek anak. Makan terus macam tu je pun boleh, atau nak masak pun boleh. Mana-mana yang memudahkan.

Kalau perlu beli makanan di luar sekalipun atas sebab kekangan kerja, cuba cari makanan yang tetap dibuat dari real food.

10 SUMBER REAL FOOD YANG BOLEH DIDAPATI DI PASAR RAYA

1. SAYUR DAN BUAH

Snek paling mudah untuk anak kan. Kawasan buah tempat pertama yang kita kena singgah. Bahagian sayur pulak, tempat kedua kita cuba pergi ya.

2. DAGING AYAM, LEMBU DAN SEAFOOD

Makanan utama yang anak perlu ambil setiap hari. Seafood boleh cari di pasaraya atau di pasar basah.

3. TELUR

Breakfast paling mudah rebus dan terus makan. Telur jangan lupa beli tau. Breakfast paling mudah padat nutrisi untuk anak.

4. PRODUK TENUSU

Cari produk tenusu tanpa perasa dan perisa, susu kambing lebih baik. Susu boleh minum sekali sekala, cari yang asli tanpa perisa dan pewarna k.

5. NASI

Nasi memang kenyangkan anak berbanding roti tinggi proses dengan perisa tambahan. Beras makanan ruji kita kan. Bukan roti atau biskut tau.

6. KEKACANG DAN BIJIRIN

Ajar anak makan bubur kacang hijau tinggi nutrisi berbanding cereal cepat tanpa khasiat.

Kekacang untuk otak anak. Bubur kacang hijau tinggi khasiat berbanding cereal bijirin segera. Kuaci boleh borong k.

7. HERBA DAN REMPAH RATUS

Ramuan asli semua ni, kuatkan imuniti anak. Herba rempah ratus setiap satu ada khasiat yang baik.

8. LEMAK BAIK

Minyak sapi, minyak kelapa, pure butter antara pilijan yang baik. Minyak sapi cari yang asli ya.

9. PEMANIS ASLI

Madu, gula kelapa, gula tebu asli sebagai pengganti gula putih. Pilihan gula yang lebih baik.

10. AIR PUTIH ATAU AIR MINERAL

Cukup je ajar air ni untuk jadi favourite anak-anak. Jom bawak anak datang bahagian air mineral lepas ni, biar diorang pilih botol warna cantik, dan bukan air yang bewarna.

Kita cuba sama-sama ya, cari alternatif yang lebih baik buat anak dan keluarga. Pilihan sentiasa ada, cuma kita yang perlu cari.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×