Asuh

Nak Sedapkan Perasaan, Ibu Bapa Jangan Abaikan Gerak Hati. Ini Tanda Awal Anak Ada Autisme!

2
SHARES

Apabila kelakuan anak sendiri dilihat berbeza dari kebiasaan tingkah-laku kanak-kanak yang normal, segeralah di bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kadang-kala gerak hati ibu bapa itu, ada benarnya. Janganlah diabaikan.

Melalui perkongsian cerita dan info dari Doktor Redza Zainol, terdapat beberapa tanda awal untuk mengetahui si kecil mempunyai ciri-ciri autisme. Antaranya adalah lambat bercakap atau tak boleh bercakap. Jom baca tanda yang lain.

Baca juga: Rupanya Magnesium Ada 1001 Manfaat! Anak Susah Tidur & Suka Meragam Boleh Bagi Guna

TANDA-TANDA AWAL AUTISME, JANGAN DIABAIKAN

Gambar hiasan: BigSkyTherapy.com

“Anak saya ni kuat doktor. Kebal betul. Sejak kecil dia ni tak pernah menangis kalau kepala terhantuk sana sini.

Ada sekali tu kami letak dia dalam buaian. Dia meronta-ronta tak nak. Saya paksa juga sebab budak lain semua seronok main buaian. Mestilah dia suka juga kan.

Paksa punya paksa, sampai terjatuh anak kami. Berdarah dahi sampai basah baju dengan darah. Yang pelik, muka dia selamba je. Tak ada menangis, macam tak sakit langsung.”

Saya tekun mendengar.

UMUR 3 TAHUN ANAK MASIH BELUM BERCAKAP SUAMI ANGGAP ITU UJIAN HIDUP

Dia ni jenis suka main sendirian. Sambil tu suka senyum seorang diri. Setiap hari dia habiskan masa dengan kereta mainan. Semuanya dia susun panjang-panjang.

Sayang betul dengan kereta dia. Kalau ada orang usik kereta tu, memang dia mengamuk habis.

Cuma yang menjadi pening, sampai umur 3 tahun, dia masih belum boleh bercakap. Pada awalnya, dia dan suami anggap itu ujian hidup mereka.

“Saya teringin nak dengar dia panggil saya ibu.”

Hati saya mula sebak. Aduhai, teringat pula pada anak sendiri.

TIBA-TIBA ANAK SUKA HANTUK KEPALA KE DINDING TANPA SEBAB…

Gambar hiasan: RaisingChildrenNetwork.com

Hari demi hari berlalu. Sampailah dia mula suka melompat tanpa henti dan kemudian mula menghantuk kepala ke dinding tanpa sebab.

Mulai hari itu, ibu ni tekad untuk mencari jawapan yang akhirnya terjawab. Anaknya sah sebagai kanak-kanak Autism.

Perjalanan mak ayah mencari jawapan selalunya pelbagai. Mereka datang dari bermacam cabang jalan yang akhirnya menemukan mereka dengan jawapan yang dicari.

TANDA-TANDA AWAL ANAK AUTISME:

  1. Tak ada eye-contact.
  2. Tiada respon bila dipanggil nama. Sampaikan kita terfikir yang anak kita ni pekak.
  3. Tak suka dipeluk dan suka bermain sendirian.
  4. Suka ulang perkataan yang disebut oleh orang lain (echolalia).
  5. Kerap melakukan pergerakan badan yang berulang-ulang (mengayunkan badan, berputar atau mengepak-ngepakkan tangan).
  6. Obses yang mendalam terhadap sesuatu objek.
  7. Lambat bercakap atau tak boleh bercakap.

Tapi gerak hati itu diabaikan sebab saudara dan kawan-kawan banyak tolong sedapkan hati mereka. Ada masa kita kena percaya pada gerak hati sendiri. Gerak hati kita, anak kita, keputusan kita.

Sumber: Twitter DrRedzaZainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×