Asuh

Rupanya Magnesium Ada 1001 Manfaat! Anak Susah Tidur & Suka Meragam Boleh Bagi Guna

25
SHARES

Ibu bapa memang boleh tidak senang duduk, bila berada dalam situasi anak yang susah tidur, kerap tidak sihat atau asyik meragam. Justeru itu, amalkan penggunaan magnesium kepada anak-anak seperti yang disarankan dalam perkongsian Puan Mazliana Mazlan.

Menurutnya, magnesium membekalkan seribu satu manfaat bukan sahaja kepada kanak-kanak malah, orang dewasa juga. Jom baca!

Baca juga: Pupuk Anak Cinta Kepada Allah SWT Dari Kecil, Bukan Dah Besar Baru Nak Paksa. Ini Caranya!

MAGNESIUM BUKAN SAJA MANFAAT KEPADA KANAK-KANAK MALAH ORANG DEWASA JUGA

Antara koleksi yang ada.

Kalau anak susah nak tidur atau kerap tak sihat atau asyik meragam banyak tantrum, korang cuba bagi magnesium dekat anak.

Saya guna magnesium, sejak mengandung anak kedua, tahun 2015. Punyalah best magnesium ni, dah hampir 8 tahun saya guna tanpa putus langsung stok di rumah.

Asalnya saya guna sebab nak hilangkan lenguh kaki setiap hari masa mengandung anak kedua. Lepas sebulan guna secara konsisten, tiba-tiba eh mana pergi sakit kaki dah tak ada. Energy lain macam, dah tak cepat lesu sejak guna magnesium.

Kalau sakit kepala stress dengan kerja, balik rumah terus saya rendam kaki dengan magnesium. Sakit kepala hilang, tidur pun jadi mudah sangat.

Semalam saya share pasal buang kahak anak dan magnesium ini salah satu yang membantu. Bukan setakat nak cairkan kahak anak, kita nak tambah imuniti anak pun dengan bantuan magnesium jugak, dengan izinNya.

ANTARA MANFAAT LAIN DARI MAGNESIUM:

Yang ini magnesium oil dalam bentuk roll, boleh guna as deodorant atau sapuan untuk kaki. Senang, tak melekit tangan korang nak sapu.

  • Kurangkan gatal kulit.
  • Cepat sembuh luka sunat anak lelaki saya waktu umur sebulan.
  • Cepat sembuh luka bersalin.
  • Jadi deoderan letak di ketiak hilangkan bau badan.
  • Kurangkan suhu badan anak waktu demam.
  • Cairkan kahak.
  • Tingkatkan imuniti.
  • Kuatkan tulang.
  • Hilangkan lenguh kaki dan sengal badan.
  • Hilangkan sakit kepala.
  • Tidur lebih berkualiti.

Baaaaanyak sangat tau manfaat yang ada. Korang kena cuba, baru tahu hasilnya macam mana.

Magnesium ni, salah satu mineral yang sangat diperlukan oleh semua. Tak kira umur. Dari bayi sampai lah warga emas.
Tapi hakikatnya, ramai sangat yang tak cukup magnesium dalam badan.

TIGA JENIS MAGNESIUM YANG TELAH DIGUNAKAN:

Tiga bentuk magnesium yang saya guna di rumah.

1. MAGNESIUM FLAKES

Kiri: Pergi hotel 4 tahun lepas bawak magnesium flakes sebab dekat rumah takde bath tub. Kanan: Yang ini antara yang saya pernah cuba juga.

Yang ini untuk rendaman. Rendam kaki boleh, rendam satu badan pun boleh kalau ada bath tub.

Boleh buat setiap hari, nak buat selang sehari boleh, nak buat tiga kali seminggu boleh. Nak buat bila perlu pun boleh, contoh time sakit sangat kepala, atau letih sangat badan.

Bagi bayi dan anak kecil, letak sikit je segenggam macam tu. Biar anak berendam waktu mandi petang. Mesti anak mengantuk awal nanti.

CARA-CARANYA:

Ambil satu cawan magnesium flakes, masukkan dalam air suam kuku. Rendam kaki atau badan sekurang-kurangnya 30 minit.

2. MAGNESIUM OIL (ADA DALAM BOTOL & ROLL)

Botol yang ada lagi separuh minyak. Ini je bahan dia. Takde yang pelik-pelik. Untuk sapu tau.

Buat macam ini konsisten untuk 1 bulan. Lepas sebulan, baru korang boleh sapu di bahagian badan lain jika perlu. Badan baru nak balance kan magnesium, sapu je tapak kaki kulit tebal dulu, supaya perlahan-lahan akan terserap.

Bagi bayi, seawal usia anak boleh sapu, letak satu titik je. Dalam pantang saya buat untuk anak kedua saya. Nikmatnya saya boleh tidur dengan tenang waktu malam.

CARA-CARANYA:

Tuang 3 titik di tapak tangan dan sapu tapak kaki kanan. Tuang lagi 3 titik dan sapu tapak kaki kiri. 

3. MAGNESIUM LOTION

Lotion pun ada. Senang nak sapu dekat anak.

Yang ini mak-mak mesti suka kan. Tak payah dah cari lotion banyak chemical merbahaya. Korang ganti saja dengan magnesium lotion ni.

Bagi bayi dan anak korang pun boleh guna juga. Sapu saja lepas mandi. Tak perlu dah bedak semua tu. Kita sapu magnesium lotion tak ke lebih membantu tingkatkan mineral magnesium dalam badan anak.

Saya share siap-siap, dekat mana saya dapatkan semua ini. Sepanjang 8 tahun guna, hanya brand Elementz yang saya suka dan saya akan suggest pada pesakit saya. Saya share dengan korang jugak okay.

Shopping terus, dah sampai nanti dah boleh start guna untuk anak dan seisi keluarga. Tanya seller di Shopee jugak tau, macam mana nak guna dengan betul untuk hasil yang berkesan.

Boleh beli dekat sini.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×