Kebiasaannya, anak kecil tak diberi makan ubat pil oleh ibu bapa kerana dikhuatiri akan tercekik. Disebabkan itu, mereka hanya diberikan ubat dalam bentuk cecair sahaja dan terdapat tips bagi ubat cecair yang betul berdasarkan saranan doktor seperti dikongsikan seorang ibu di bawah ini.
Melalui perkongsian Puan Faezah Ismail, jika salah cara memberikan ubat cecair kepada anak manfaat pada ubat itu akan hilang. Umpamanya beri air gula saja pada mereka. Oleh itu, mari baca perkongsian beliau di bawah.
Baca juga: Doktor Kongsi Sendawa Berlebihan Menandakan Penyakit Tertentu, Hati-Hati!
TIPS BAGI UBAT
Rupanya Ni Cara Betul Bagi Ubat Cair Kat Anak. 30 Tahun Hidup. Ni Baru Tahu!!!
Sumpah selama ni tengku tak tahu. Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi juga. Ambik picagari tu cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya salah.
Sampailah one day anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. So bawak ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni. Masuk dalam bilik doktor. Tengku cakap anak kami no 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang.
PARU-PARU ANAKNYA ‘BASAH’…
Bila doktor check katanya paru-paru Rifky ‘basah’. Memang masa tu dia bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ada.
Then doktor terangkan kenapa jadi camtu. Dia cakap sebab susukan anak sambil tido. Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dalam paru-paru dia.
Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu.
Oohhhh…maka terhangguk-hangguklah kepala kami. Baru aku tahu. Rasa macam kurang ilmu pulak masa tu haha.
PENJELASAN DOKTOR BERKAITAN PEMBERIAN UBAT CAIR KEPADA ANAK
Lepas tu tetiba doktor tu tanya. “Biasa bagi ubat kat anak macam mana?” Suami tengku dah buat muncung panjang hala ke tengku. Sebab bab suap ubat kat anak memang kerja tengku.
“Suap macam biase la doktor. Pakai cucuk ubat tu. Celup tarik”. Doktor tu senyum. “Salah tu…..” ???
Macam ni caranya. Doktor terangkan kat kami satu-persatu. Lagi sekali ooooo…baru aku tahu.
Korang nak tahu caranya? Follow gambar ok. Senang je.
CARA-CARANYA:
1. GUNAKAN PENUTUP TRANSPARENT PADA BOTOL UBAT
Korang perasan tak selama ni ubat cair biasanya ade penutup transparent kat atas dia tu. Penutup tu ade gunanya. Bukan hiasan tau.
2. TUANGKAN UBAT CAIR KE DALAM PENUTUP
Ini cara yang doktor tu ajar ya. Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu.
3. TARIK UBAT CAIR DENGAN PICAGARI DARIPADA PENUTUP
Lepas tu baru tarik pakai picagari.
4. JIKA ADA LEBIHAN DI PENUTUP PERLU DIBUANG
Kalau ada yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.
Contoh: Celup dalam botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.
Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus. Macam Rifky kecik lagi. Jadi tengku pakai picagari. Nanti dah pakai basuh bersih.
MENGAPA TAK BOLEH CELUP UBAT?
Doktor tu kata once you celup-celup macam tu. Ubat tu dah takda fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak.
Yang mana you dah celup tu balik nanti buang. Simpan ubat baru ni. Ubat klinik i ni kalau you buat macam i ajar tadi. Boleh tahan 9 bulan dalam peti, 9 bulan luar peti. Kecuali antibiotik lah sebab yang tu tempoh singkat.
Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari make sure basuh bersih sebelum celup.
Memang terkejut. Anak dah 2 baru tahu. Adoi. Tapi takpelah. Baik lewat dari tak tahu langsung kan. Alhamdulillah ilmu baru. Malam tu buat misi clearkan ubat cair anak dalam peti yang dah berzaman tu. Cehhh takda manfaat rupanya. Buat semak ja haha.
Tengku tak sure maybe orang lain akan bagi pendapat berbeza. Ini ilmu yang kami dapat beberapa minggu lepas.
So sekarang dah tahu kan? Tepuk dahi ke idok?? Sesamalah kita ya. Tunggu apa lagi. Yang mana ubat dah berpuluh kali celup dalam peti korang tu boleh lah buang. Kesian kat anak.
PESANAN TENGKU!
P/s : Please sebelum komen baca dulu sampai betul-betul faham. Jangan sensitif sangat. Point kat sini ialah tengku share cara yang seorang doktor berpengalaman kongsi dengan tengku. Jadi kalau korang lebih suka cara lain silakan.
- Nak celup pakai picagari je. Lepas tu basuh bersih then celup lagi. BOLEH.
- Nak tuang dalam penutup tu lepas tu bagi macam tu je. Tak payah pakai picagari. BOLEH.
- Nak pakai 1 ubat 1 picagari. BOLEH.
Terpulang. Asalkan ubat tak bercampur dengan benda asing.
Gambar ubat antibiotik tu contoh sahaja. Sebab gambar tu je yang sempat ambik. Diulangi CONTOH. Kalau tak letak gambar nanti ada yang tak faham.
Take note ya. Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambik pakai picagari terus. Sebab nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak.
Pasal jangka hayat ubat tu. Itu yang doktor tu bagitau. Ada yang cakap tak betul. Wallahhua’lam. Mungkin lain pengeluar dan jenis ubat lain tempoh hayatnya. Boleh refer mereka yang pakar.
Wallahhua’lam. Apa-apa pun terima kasih sudi share post ni. Terasa macam nak delete bila ada ‘bijak pandai’ yang hentam. Tapi bila ramai yang berterima kasih sebab kongsi ilmu terasa sejuk perut ni. Macam ada ais batu.
Semoga pahala mengalir kepada doktor yang baik hati itu. Amin.
Sumber: Facebook Faezah Ismail
FT Image: iStock