Asuh

Tips Bagi Ubat Kepada Anak & Penggunaan Yang Betul, Baru Selamat Tak Tersedak!

7
SHARES
cara bagi ubat

Bayi dan kanak-kanak sememangnya memerlukan perhatian dan penjagaan yang sangat teliti daripada ibu bapa. Ini termasuklah cara bagi ubat cecair yang betul kepada mereka sewaktu sakit.

Sedia maklum, ubat rasanya kurang enak dan ini menyebabkan si manja tidak suka menelannya. Maka, pergelutan antara anak dan ibu bapa sering sahaja berlaku dan mungkin boleh menyebabkan tersedak ubat.

Justeru itu, bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku, di bawah terdapat beberapa tips beri ubat kepada bayi dan kanak-kanak serta penggunaan ubat yang betul.

Baca juga: Jangan Panik! Ini Langkah Awal Ibu Bapa Boleh Buat Bila Anak Sawan Demam

CARA BAGI UBAT KEPADA ANAK-ANAK

cara bagi ubat

Gambar: toplinemd

Tips beri ubat kepada bayi

  1. Dongakkan sedikit kepala bayi atau pastikan bayi dalam posisi menegak semasa pemberian cecair.
  2. Halakan picagari ke arah bahagian dalam pipi dan beri ubat sedikit demi sedikit.
  3. Biarkan bayi menelan ubat (mengikut refleks bayi) daripada picagari.

Tips beri ubat kepada kanak-kanak

  1. Gunakan alat penyukat ubat yang betul seperti picagari atau cawan penyukat.
  2. Terangkan tujuan ubat diberi kepada kanak-kanak. Contohnya, “ubat ini boleh hilangkan sakit perut adik”.
  3. Berikan pujian atau ganjaran kepada kanak-kanak apabila berjaya menghabiskan ubat yang diberi.

Tips penggunaan ubat yang betul bagi kanak-kanak

cara bagi ubat

Gambar: UbatOhUbat

  • Ambil tahu – Ketahui nama ubat, dos serta tujuannya diberikan kepada kanak-kanak.
  • Baca label – Dapatkan maklumat seperti nama ubat, kekuatan, arahan pengambilan dan penyimpanan serta tarikh luput pada label ubat.
  • Sukat – Gunakan alat penyukat ubat seperti picagari agar dos ubat yang diberi adalah tepat.
  • Jangan kongsi – Dos ubat adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak bergantung kepada umur dan berat badannya.
  • Simpan – Simpan ubat di tempat yang jauh betul mengikut arahan penyimpanan dan jauh daripada capaian kanak-kanak.
  • Tindakan segera – Dapatkan rawatan segera sekiranya kanak-kanak mengalami alahan selepas mengambil ubat.

Baca juga: Demam Anak Cecah 39 Celcius Ibu Bapa Jangan Panik, Lakukan Cara Ini!

Sumber: UbatOhUbat

FT Image: firstcry parenting / istockphoto

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×