Sihat

Senarai Ubat Untuk Bawa Balik Kampung, Jangan Ada Yang Tertinggal!

15
SHARES
ubat

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Yang di bandar, pasti akan pulang ke kampung untuk meraikan bersama keluarga.

Dalam kita bergembira, kesihatan diri jangan dilupakan. Pastikan semua ubat di bawa ke kampung untuk mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Baca juga: Salah Faham Tentang Kolesterol Yang Biasa Orang Anggap Betul

SENARAI UBAT YANG KENA BAWA BALIK KAMPUNG, PENTING!

ubat

Sedikit tips ubatan yang boleh anda sediakan untuk dewasa dan anak-anak untuk bawa pulang beraya atau bercuti nanti:

1. Ubat demam (paracetamol atau ibuprofen)

Ini paling penting sebab kalau badan tak sedap boleh terus makan. Untuk sakit badan pun boleh.

2. Ubat selesema atau anti histamine.

Lagi lagi yang ada resdung atau asma, memang penting!

3. Ubat batuk.

4. Ubat untuk hilangkan sakit perut.

Kalau ada masalah gastrik, jangan lupa bawa ubat gastrik anda. Masa raya, masalah paling biasa adalah terlebih makan atau makanan tidak hadam dengan betul.

5. Ubat untuk hilangkan cirit birit.

Oral rehydration solutions (ORS), pil chi kit tek aun atau charcoal pun bagus juga.

ubat

6. Ubat untuk hilangkan loya dan muntah.

7. Krim panas untuk kurangkan lenguh lenguh kaki, tangan, badan dan cramps. 

Biasanya terjadi kalau duduk dalam kereta terlalu lama. Pastikan berhenti setiap 2 hingga 3 jam sebab tak elok duduk lama-lama, ia boleh menyebabkan pengaliran darah tak bagus.

8. Krim untuk nappy rash atau ruam pampers jika ada anak kecil.

9. Krim atau losyen untuk hilangkan gatal, ruam panas dan ruam gatal.

10. Ubat ubatan yang memang anda perlu makan setiap hari jika ada. Sebolehnya jangan skip ya.

Jaga kesihatan diri ya. Jangan makan lemang dan rendang banyak sangat.

Baca juga: Kalau Nak Dapat Badan Idaman, Kena Tahu 9 Tips Diet Rendah Karbo Ini

Sumber: Facebook Dr Erna Nadia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×