Sihat

Bukan Setakat Sedap & Manis, Buah Mata Kucing Rupanya Banyak Khasiat Untuk Tubuh Badan

18
SHARES
KHASIAT BUAH MATA KUCING

Siapa suka makan buah mata kucing? Buah ini mempunyai rasa yang manis dan enak dimakan ketika cuaca panas kerana kandungan air yang tinggi.

Selain sedap, buah mata kucing atau nama saintifiknya Nephelium malaienseuga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Oleh itu, penulis ingin kongsikan beberapa khasiat buah mata kucing dengan lebih lanjut di bawah. Semoga bermanfaat.

Baca juga: Wanita Berbulu Lebat Pada Tangan, Ghairah Pada Hubungan Intim Lebih Tinggi? Hmm…

KHASIAT BUAH MATA KUCING INI AKAN BUAT ANDA LEBIH SUKAKANNYA

KHASIAT BUAH MATA KUCING

1. BERTINDAK SEBAGAI ANTI OKSIDA

Ejen anti oksida mampu menghalang tekanan oksidatif. Tekanan ini terjadi kerana terdapatnya keradangan terhadap sel. Sekiranya berlanjutan, tekanan ini akan dapat menyebabkan masalah kesihatan kepada tubuh badan manusia.

2. MEMBERI TENAGA

Kandungan gula jenis fruktosa yang terdapat di dalam buah mata kucing mampu memberikan tenaga kepada tubuh badan. Selain itu, ia boleh menghidratkan tubuh badan kerana kandungan air dan mineral.

3. BAGUS UNTUK KESIHATAN KULIT

Kandungam vitamin C berfungsi untuk kesihatan kulit kerana ia boleh menghasilkan kolagen.

4. RENDAH KALORI

Di dalam setiap 100 g buah mata kucing, hanya terdapat sebanyak 70 kcal tenaga. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, inilah buah yang terbaik untuk diamalkan.

Walau bagaimanapun, tidak boleh diambil secara berlebihan kerana risau akan menaikkan berat badan.

5. CEGAH ANEMIA

Anemia adalah keadaan di mana tubuh badan kekurangan sel darah merah. Ini akan menyebabkan oksigen tidak cukup dan penyakit cepat rasa lesu.

Untuk mengatasi masalah ini, boleh amalkan buah mata kucing kerana kandungan vitamin C membantu penyerapan zat besi ke dalam badan.

6. UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI 

Buat anda yang tak tahu, buah mata kucing sesuai dimakan oleh pesakit darah tinggi kerana kandungan garam yang rendah.

KHASIAT BUAH MATA KUCING

7. CEGAH SKURVI

Skurvi adalah penyakit disebabkan oleh kekurangan vitaman C dalam badan. Setiap 100 g buah mata kucing ini mengandungi 70 mg vitamin C.

8. MENGAWAL TEKANAN DARAH

Kalium dalam buah mata kucing mampu menurunkan paras tekanan darah.

9. TINGKATKAN SISTEM IMUNITI

Sistem imuniti yang kuat boleh melawan virus jahat yang menyerang tubuh badan. Kandungan vitamin C yang tinggi membantu mengaktifkan sel darah putih.

10. BAGUS UNTUK JANTUNG

Kalium dalam buah mata kucing berfungsi membantu otot jantung  mengecut dan mengendur dengan baik. Ini bermakna jantung dipam dengan baik.

Wah, banyak khasiat buah mata kucing ini. Sedap pula itu!

Sumber: Root Of Science

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×