Nur

5 Makanan Perlu Elak Ketika Waktu Sahur, Dijamin Puasa Di Siang Hari Lebih Berkualiti!

30
SHARES
waktu sahur

Dalam bulan Ramadhan ini, salah satu masa yang penting adalah ketika waktu sahur. Ini kerana melalui sahur, ia akan menentukan kualiti puasa kita di sepanjang hari. Sahur yang baik adalah apabila ia berjaya membekalkan tenaga kepada anda untuk masa yang lama.

Justeru itu, pengambilan makanan ketika sahur amatlah penting supaya anda dapat kekal bertenaga sepanjang bulan puasa ini. Waktu sahur adalah masa yang perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mengisi perut anda sebelum berpuasa. Oleh itu, apakah makanan yang perlu dielakkan ketika waktu sahur supaya puasa anda tidak meletihkan?

Baca juga: Tengah Berdiet Ke Tuu… Nah, Cuba Menu Sahur Ini, Boleh Tahan Lapar Lama & Kaya Soy Protein!

5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA WAKTU SAHUR

1. Karbohidrat sederhana

waktu sahur

Ketika berpuasa, tubuh tidak mendapati makanan selama lebih dari 12 jam. Namun begitu, anda tetap menggunakan tenaga untuk melaksanakan aktiviti harian. Jika anda tidak dapat bahan bakar yang mencukupi ketika waktu sahur, kemungkinan besar anda akan cepat merasa penat semasa berpuasa.

Oleh itu, ketika sahur anda digalakkan untuk mengambil makanan yang termasuk dalam karbohidrat kompleks. Ini kerana tenaga yang berasal daripada makanan tersebut akan dilepaskan secara perlahan kepada tubuh. Kesannya, anda akan memiliki tenaga yang mencukupi ketika berpuasa. Contoh makanan karbohidrat kompleks ialah beras perang, barli. gandum dan oat.

Namun begitu, jika anda makan banyak karbohidrat sederhana, kesannya akan merasa cepat kenyang tetapi selepas itu cepat juga merasa lapar kembali. Ini kerana kesan karbohidrat sederhana adalah tidak sama dengan karbohidrat kompleks.

Tenaga yang terhasil oleh karbohidrat sederhana terus dilepaskan kepada tubuh menyebabkan anda tidak dapat bertahan lama untuk berpuasa sepanjang hari. Contoh karbohidrat sederhana adalah gula pasir, susu dan produk tenusu, kuih-muih dan lain-lain.

2. Kopi

waktu sahur

Sifat kopi adalah laksatif. Jika anda perasan, kekerapan ke tandas akan bertambah jika minum kopi. Ini kerana komponen dalam kopi merangsang fungsi usus besar sehingga badan kemudiannya membuang sisa pencernaan lebih pantas.

Malah, sifat asid pada kopi juga akan mengganggu keadaan perut anda. Kandungan yang dikenali sebagai  chlorogenic acid akan merangsang peningkatan asid perut.

Tambahan, kopi turut bersifat diuretik. Ia menggalakkan pengeluaran air daripada badan di mana mengakibatkan tahap dehidrasi anda akan meningkat sewaktu berpuasa.

3. Makanan tinggi lemak

waktu sahur

Makanan tinggi lemak menganggu dan melambatkan proses pengosongan perut sehingga memburukkan simptom sembelit. Selain itu, ia juga mempercepatkan kerja sistem pencernaan sehingga menyebabkan seseorang cirit-birit.

Justeru itu, cuba elakkan daripada makan makanan tinggi lemak ketika waktu sahur supaya dapat elakkan diri anda daripada sembelit atau cirit-birit ketika berpuasa. Contohnya, tinggalkan menu ayam goreng dan sebaliknya gantikannya kepada ayam bakar untuk menu yang lebih sihat.

4. Makanan masin

waktu sahur

Untuk pengetahuan, makanan masin ternyata membuatkan anda rasa haus selain ia mampu menyebabkan hipertensi. Contoh makanan yang patut anda elakkan ketika waktu sahur adalah acar, kacang bergaram, kuaci serta makanan dalam tin. Kadar garam dalam makanan ini adalah tinggi sehingga mampu menyebabkan anda haus sewaktu berpuasa.

Selain itu, anda juga perlu mengawal jumlah garam dan perasa makanan yang digunakan dalam masakan. Tujuan yang sama, pasti anda tak nak berasa haus disebabkan oleh masakan sendiri, kan?

5. Makanan pedas

waktu sahur

Sama seperti makanan masin, makanan pedas juga mampu menyebabkan anda haus dengan cepat. Pesakit radang perut digalakkan untuk menghindari makanan pedas kerana dapat merangsang peningkatan asid perut sehingga mengakibatkan sakit pada bahagian atas perut.

Malah, untuk sesetengah orang, makanan pedas akan menyebabkan mereka sakit perut. Jadi, cuba elakkan makan makanan pedas seperti sambal belacan berapi ketika bersahur.

Jadi, dah tahu kan punca anda cepat lapar ketika berpuasa? Pemilihan makanan yang salah ketika sahur adalah jawapannya. Elakkan makan jenis makanan di atas, pasti puasa anda akan lebih berkualiti. Selamat berpuasa!

Sumber: skincode

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×