Famili

5 Tips Penting Semasa Bulan Puasa! Yang Last Tu Amalkan Ye!

4.9K
SHARES

Mesti ramai yang tak tahu sebenarnya, semasa berpuasa ada beberapa tips yang dapat membantu anda untuk kekalkan kecergasan tubuh badan sepanjang hari dengan beberapa langkah mudah. Ye la, kebanyakan daripada kita cepat sangat letih dan jadi malas nak bergerak bila berpuasa.

Jadi, admin nak kongsi tips yang bermanfaat untuk anda semua tentang bagaimana nak kekalkan kecergasan tubuh badan sepanjang berpuasa.

JANGAN AMBIL TERLALU BANYAK AIR KOSONG!

Admin yakin, semasa bersahur mesti ramai di kalangan anda yang suruh anak anda minum air putih dengan jumlah yang banyak betul tak?

Tapi tahukah kita, dengan pengambilan air yang banyak, sebenarnya boleh mengakibatkan kehilangan cecair secara berlebihan pada tubuh badan melalui pembuangan air di waktu pagi secara kerap.

Pengambilan air secara berlebihan juga boleh mengganggu proses penghadaman, sebab tu kadang-kadang anak-anak kita terasa sengal pada perut.

KURANGKAN PENGAMBILAN JUS BUAH!

Jus buah-buahan sememangnya menpunyai pelbagai kandungan khasiat seperti vitamin C dan mineral yang tinggi. Namun, sedarkah anda jus buah-buahan juga mengandungi kandungan gula yang tinggi dan tidak sesuai diamalkan setiap hari.

Terutamanya, sewaktu bulan puasa ni, admin yakin mesti ramai yang berbuka dengan jus buah kan? Kalau boleh elakkan ye, sebab kandungan gula dalam buah dah tinggi, tambah pulak dengan air gula. Double la kandungan gulanya!

**Nak minum boleh jangan selalu sahaja.

TAK NAK HIDRASI? ELAK KOPI DAN TEH!

Pengambilan kaffein ada pro dan kontranya ye! Anda perlu tahu bahawa kaffein sememangnya mampu meransang dan meningkatkan tenaga. Tapi, apa yang kita tak tahu ialah kopi dan teh juga merupakan penyebab hidrasi.

Sebab tu orang yang gemar minum teh dan kopi jarang ke tandas ye. Bukan admin tak bagi minum, tapi kalau nak minum kopi yang pekat dan likat tu, make sure lepas tu anda buat proses recovery dengan minum banyak air putih.

ELAK BELI MINUMAN DI BAZAR!

Tak salah beli minuman di Bazar Ramadhan. Yang penting, anda tahu proses air tersebut di bancuh dan bahan apa yang digunakan. Apa yang admin bimbangkan ialah kebanyakan penjual air di  bazar tidak menggunakan air masak atau air bertapis sebaliknya, guna air paip tau!

Bahaya tu! Jika anda minum bermakna anda mungkin boleh mengalami masalah keracunan makanan. Jadi seboleh-bolehnya elakkan tau!

AIR KELAPA PENYELESAIAN DEHIDRASI!

Admin yakin, semua orang tahu kelebihan air kelapa yang mampu menawarkan racun dalam tubuh badan. Air kelapa sering menjadi pilihan sebagai minuman sewaktu cuaca panas terik. Mengapa begitu ya?

Sebenarnya, air kelapa mempunyai kandungan elektrolit yang mampu merangsang dan mengatasi masalah hidrasi kerana ianya membekalkan zat dan nutrisi secara semula jadi pada tubuh badan. Jadi, kalau boleh sebelum waktu imsak, minum air kelapa dulu. Semasa berbuka pun boleh diamalkan ye.

KARTA COCONUT WATER KAN ADA!

Susah nak cari air kelapa segar? KARTA kan ada! Tapi KARTA ni adalah air kelapa yang di proses. Bagus ke? Ini yang anda perlu tahu, bahawa kandungan elektrolit dalam air kepala segar dengan air kelapa proses tiada bezanya.

Hal ini kerana, kandungan elektrolit dalam air tidak terjejas, hanya air kelapa diproses bagi memastikan kualitinya terjaga dan bebas bendasing.  Lagipun kandungan satu liter  Air Kelapa KARTA bersamaan dengan 3 biji setengah air kelapa segar.

Jadi, jangan ada rasa ragu-ragu lagi! Air kelapa semenagnya pilihan terbaik sebagai agen hidrasi tubuh badan selepas seharian berpuasa. Tak percaya? Jom try air kelapa KARTA.

Facebook: KARTA Coconut Water

Website: KARTA Coconut Water

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×