Sihat

Rupanya Ini Tanda & Punca Sakit Gastrik Angin, Bahaya Kalau Tak Pantang!

133
SHARES
GASTRIK

Kebiasaanya sebut sahaja tentang sakit perut pasti kita akan fikir itu merupakan sakit perut biasa dan bukan gastrik. Individu yang mengalami masalah gastritis akan rasa sakit menyucuk-yucuk pada perut. Hal ini kerana gastrik menyebabkan lapisan perut menjadi merah dan bengkak atas pelbagai sebab. Keadaan tersebut boleh bertambah baik mahupun bertambah buruk selepas makan atau muntah.

Justeru itu, terdapat beberapa tanda dan punca yang anda boleh rujuk bagi menentukan sakit perut tersebut berpunca dari gastrik atau sekadar sakit perut biasa. Senang nak tahu selepas ini.

Baca juga: Perut Sakit Tanda Anda Dijangkiti Wabak Covid-19?

Baca juga: Cara Check Sanitizer & Disinfectant Yang Betul, Hati-Hati Bila Beli!

TANDA-TANDA SAKIT PERUT GASTRIK ANGIN

Bagi individu yang mengalami sakit perut gastrik, mereka akan mengalami rasa ketidakselesaan pada bahagian atas perut dan tepat di bawah tulang dada. Selain itu, tanda sakit gastrik angin yang akan dialami seperti:

  • Pening dan muntah
  • Perut kembung
  • Senak
  • Sensasi terbakar antara waktu makan atau pada waktu malam
  • Tersedu yang teruk
  • Hilang selera makan
  • Muntah darah atau keluar cecair kehitaman
  • Najis hitam

*Bagi kes gastrik teruk, kebanyakan mereka akan sakit dada, sesak nafas, lemah atau sukar menelan makanan atau minuman dan demam panas. Dapatkan rawatan segera jika keadaan ini berlaku!

PUNCA TANDA SAKIT GASTRIK ANGIN

Ketika mengalami gastrik, lapisan perut akan terjejas dan tidak dapat melindungi perut daripada asid. Hal ini juga akan merosakkan sel perut yang menyebabkan ulser dan pendarahan.

Antara punca gastritis adalah:

  • Kerap makan makanan pedas sehingga mengganggu lapisan perut
  • Jangkitan bakteria hidup, Helicobacter pylori (H.pylori) pada lapisan lendir perut. Tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan ulser dan barah perut
  • Refluks hempedu – Jus pencernaan, dikenali sebagai hempedu berpatah balik ke perut daripada saluran hempedu yang menghubungkan hati dan pundi hempedu
  • Pengambilan alkohol dan dadah terlarang secara berlebihan
  • Tabiat merokok
  • Pengambilan ubat antiradang non-steroid (NSAID) secara kerap seperti aspirin, ibuprofen atau ubat tahan sakit lain
  • Tekanan daripada kecederaan teruk, penyakit kritikal, tertelan racun secara sengaja atau tidak dan pembedahan utama
  • Tindak balas autoimun apabila sistem imun menyerang sel dan tisu badan sendiri (lapisan perut)
  • Anemia pernisius – Bentuk anemia yang berlaku ketika perut tidak dapat mencerna vitamin B12 dan menyebabkan kerengsaan lapisan perut, salah satu kesan gastrik
  • Individu berusia lebih berisiko mengalami gastritis kerana lapisan perut cenderung menipis seiring pertambahan usia dan lebih mudah mengalami jangkitan H.pylori atau gangguan autoimun
  • Masalah kesihatan lain seperti HIV/AIDS, penyakit Crohn dan jangkitan parasit

PANTANG LARANG PENYAKIT GASTRIK

Walau bagaimanapun, seseorang individu boleh mengurangkan risiko mengalami gastrik dengan:

  • Mengamalkan tahap penjagaan kebersihan tangan yang baik
  • Makan makanan yang dimasak sepenuhnya
  • Mengelakkan ubat-ubatan yang boleh merengsakan perut
  • Menghindari tabiat merokok dan elak mengambil minuman beralkohol

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×