Sihat

Perut Sakit Tanda Anda Dijangkiti Wabak Covid-19?

956
SHARES

Penularan wabak Covid-19 sangat mengerunkan rakyat Malaysia. Hal ini kerana virus tersebut telah merebak secara meluas dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

Umum mengetahui, Covid-19 merupakan sejenis virus yang menjangkiti sistem pernafasan. Namun, ia juga boleh menjangkiti sistem gastrousus. Penyakit Gastroenteritis adalah radang pada lapisan usus yang berpunca daripada jangkitan.

Punca jangkitan virus ini adalah daripada bakteria atau parasit yang tersebar melalui makanan atau air tercemar.

Baca juga: Kit Ujian Kendiri Covid19: Harga, Cara Penggunaan & Jenama Yang Diluluskan KKM

GEJALA PERUT SAKIT TANDA COVID-19?

Sakit perut yang dialami oleh seseorang agak susah untuk diagnosis jika tidak melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik mahupun hospital. Antara gejala sakit perut yang sering dialami oleh mereka adalah gastroenteritis.

Secara tidak langsung, simpton seseorang telah dijangkiti virus Covid-19 adalah sama dengan seseorang yang mengalami masalah gastroenteritis.

Sekiranya anda mengalami masalah gastroenteritis yang kebiasaannya berkait dengan masalah keracunan makanan atau pengambilan air tercemar, simptomnya sama seperti sakit perut. Hanya membezakan cuma pada aspek patologi penyakit seperti agen mikroorganisma penyebab dan proses berlakunya jangkitan tersebut.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu yang dijangkiti dengan wabak COVID-19 akan mengalami simptom ringan yang berkaitan dengan sistem pernafasan. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir pesakit yang melaporkan simptom gastrousus seperti perut sakit, cirit-birit dan lain-lain.

Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga sentiasalah menjaga kebersihan persekitaran dan diri sendiri.

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×