Sihat

Kit Ujian Kendiri Covid19: Harga, Cara Penggunaan & Jenama Yang Diluluskan KKM

118
SHARES
self test kit ujian kendiri covid19

KIT UJIAN KENDIRI COVID19 (SELF TEST KIT)

Dengan trend penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda, orang ramai diminta untuk kekal menjaga penjarakan sosial dan duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Dalam usaha untuk mengekang penularan virus Covid-19 dalam masyarakat, KKM juga telah meluluskan lima jenis kit ujian kendiri Covid-19 untuk diimport dan diedarkan di negara kita.

Kit ujian kendiri ini bertujuan untuk memudahkan pengesanan dan kawal jangkitan di samping membantu mengurangkan beban petugas barisan hadapan. Mari kita kenali kit ujian kendiri dengan lebih dekat.

Kit ujian ini tidak menggantikan fungsi diagnostik ‘Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). Namun ia boleh digunakan oleh orang ramai bagi mengenalpasti status jangkitan Covid-19 dengan pantas dan mudah sebelum tindakan susulan diambil.

Berdasarkan maklumat infografik dari  Facebook Tan Sri Nurhisham Abdullah,  kit ujian kendiri tersebut mengesan jangkitan Covid-19 melalui pengesanan RTK-antigen.

Senarai Jenama Pengeluar Kit Ujian Kendiri COVID19 Yang Diluluskan KKM

Setakat 23 Julai 2021, lima jenis kit ujian yang telah diluluskan adalah seperti berikut :

1. Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Menggunakan Sampel Air Liur atau Sampel Swab Nasal)
Pembuat : Reszon Diagnostics International Sdn Bhd, Malaysia

2. Gmate Covid-19 Ag Saliva for Home Use (Menggunakan Sampel Air Liur)
Pembuat : Philosys Co Ltd, Korea

3. BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Menggunakan Sampel Air Liur)

Pembuat : Hangzhou AllTest Biotech Co Ltd, Hangzhou, China.

4. ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Menggunakan Sampel Air Liur)

Pembuat : Hangzhou AllTest Biotech Co Ltd, Hangzhou, China.

5. JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Menggunakan Sampel Air Liur)

Pembuat : Hangzhou AllTest Biotech Co Ltd, Hangzhou, China.

kit ujian kendiri covid19

Kredit Foto : Facebook DG Hisham 

*Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia @ Medical Device Authority di Portal MDA. (mda.gov.my)

Kit ujian ini didatangkan dengan panduan penggunaan untuk memudahkan saringan kendiri dan perlulah dilupuskan dengan kaedah yang selamat.

Pengguna kit kendiri juga perlu bertanggungjawab dalam mengambil tindakan sewajarnya serta melaporkan keputusan ujian.

kit ujian kendiri covid19

Kredit Foto : Media Selangor 

Harga Kit Ujian Kendiri COVID19

Menurut perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia, kit ujian ini boleh dibeli dari Farmasi atau fasiliti yang berdaftar.

Hasil perkongsian dan tinjauan mendapati harga test kit ini adalah seperti berikut:
Gmate (Caring pharmacy)
Rm39.90 / 1kit
Rm221.40/6kits

Cara Penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID19

Berikut ditunjukkan cara penggunaan kit ujian kendiri COVID19 jenama Gmate.
Cara penggunaan adalah seperti berikut (sumber gambar dari BERNAMA).
kit ujian kendiri covid19 kit ujian kendiri covid19

Tindakan Susulan Selepas Mendapat Keputusan

Tindakan susulan adalah sangat penting selepas mendapat keputusan. Semua keputusan ujian yang didapati perlulah dilaporkan menerusi aplikasi MySejahtera.

i) Sekiranya POSITIF

Sekiranya kit ujian memberikan keputusan Positif, anda perlulah ke pusat fasiliti Covid-19 Assesment Centre (CAC), Klinik Kesihatan, atau Klinik Swasta berhampiran untuk tindakan selanjutnya. Bawa bersama keputusan ujian kit ujian kendiri sebagai bukti.

ii) Sekiranya NEGATIF

Sekiranya anda Negatif tetapi bergejala, anda perlu ke Klinik Kesihatan atau Klinik Swasta untuk penilaian kesihatan.

Sekiranya anda Negatif tanpa gejala dan merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19, anda perlu jalani tempoh kuarantin wajib selama 10 hari.

iii) Keputusan Tidak Diperolehi

Jika ujian anda Invalid atau tidak menunjukkan keputusan, anda perlulah ulangi ujian.

Kredit Foto : Kementerian Kesihatan Malaysia

Kit ujian ini didapati merupakan usaha yang baik untuk mengawal penularan pada peringkat yang lebih awal. Ia juga memudahkan kontak rapat untuk mengenalpasti status kesihatan dengan lebih pantas untuk susulan lanjut.

Dengan adanya kit ujian kendiri ini, pengguna atau kontak rapat boleh melakukan ujian sendiri di rumah tanpa perlu keluar ke klinik berdekatan untuk menjalani ujian saringan.

Ini sekaligus dapat mengurangkan pendedahan kontak rapat yang berisiko kepada orang awam sebanyak mungkin sekiranya didapati positif.

Semoga dengan adanya kit ujian ini, ia dapat mengurangkan beban pekerja kesihatan serta membendung penularan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.

Sumber :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×