Sihat

9 Gejala Awal & Tanda Covid19 Pada Kanak-Kanak – KKM

79
SHARES

Gejala Jangkitan Awal & Tanda COVID19 Pada Kanak-kanak

Negara kita telah merekodkan kes Covid-19 yang semakin tinggi setiap hari.

Dengan saringan yang dijalankan dengan lebih meluas, rekod peningkatan kes mungkin akan berlaku sekitar dua minggu ini.

Jangkitan COVID19 Di Kalangan Kanak-kanak Di Malaysia

Dalam kenyataan media oleh Tan Sri Dr Noor Hisham pada 30 Mei 2021, statistik telah merekodkan kes sebanyak 19,851 dalam kalangan kanak-kanak berusia 4 tahun setakat pertengahan tahun. 8,237 kes pula telah direkodkan bagi kanak-kanak berusia antara 5 hingga 6 tahun.

Jumlah kes yang begitu membimbangkan ini pasti menimbulkan kegusaran bagi ibu-bapa. Tambahan pula, varian baru yang dikenalpasti didapati lebih mudah berjangkit dan lebih berbahaya berbanding dahulu.

Menurut Pakar Perubatan Pediatrik dan Neonatologi, Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Dr Masri Muhamed, kini terdapat lebih banyak kes di mana pesakit kanak-kanak memerlukan bantuan pernafasan disebabkan penularan varian baharu virus ini.

Evolusi Varian Baharu Lebih Aktif & Membahayakan Anak Kecil

Menurut beliau, ketika virus ini mula tersebar dari Wuhan, China, gejala yang dialami oleh pesakit kanak-kanak adalah lebih ringan berbanding pesakit dewasa. Namun, keadaan sudah berubah disebabkan evolusi virus yang menimbulkan varian baru yang lebih aktif dan berbahaya.

Gejala yang dialami juga akan lebih teruk sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai sejarah penyakit seperti asma atau sakit jantung.

Oleh itu, adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan kesihatan dan keselamatan anak sentiasa dipantau ketika ini.

Sekiranya ibu bapa terdedah kepada jangkitan Covid-19, perhatikan kesihatan anak-anak.

Walaupun kadar jangkitan terhadap mereka rendah, namun tahap kesihatan mereka dikhuatiri dapat merosot dengan cepat disebabkan sifat varian virus Covid-19 yang semakin mengganas.

Menurut pakar penyakit berjangkit dari UiTM Private Specialist Centre (UPSC), Dr Yazli Yuhana, peningkatan kes kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 berpunca akibat menular daripada golongan dewasa di dalam keluarga yang disahkan positif virus ini.

Selain itu, rekod juga mendapati jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak turut berpunca daripada rakan sepermainan yang didapati positif walaupun tidak bergejala.

Menurut Dr Yazli Yuhana, secara klinikalnya, kanak-kanak jarang berdepan dengan serangan virus yang teruk sehingga menyebabkan gangguan paru-paru. Namun, ini tidak bermakna ibu bapa boleh mengambil mudah dalam menjaga kesihatan anak-anak.

9 Gejala Awal  & Tanda COVID19 Pada Kanak-kanak

KKM telah menggariskan beberapa panduan bagi mengenalpasti tanda-tanda jangkitan Covid-19 bagi kanak-kanak. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan Covid -19 yang boleh dikenalpasti :

  1. Badan lesu atau tidak aktif
  2. Sakit dada atau perut
  3. Tangan dan kaki sejuk
  4. Demam, batuk, muntah, cirit-birit yang semakin teruk
  5. Kesukaran bernafas
  6. Sawan
  7. Kurang buang air kecil
  8. Tidak boleh mengambil makanan atau minuman melalui mulut]
  9. Bibir atau jari kebiruan

Ibu bapa perlulah dapatkan rawatan atau hubungi klinik kesihatan segera sekiranya anak-anak menunjukkan mana-mana gejala berikut.

Baca juga: Trend Makanan ‘Colourful’, Ini Bahaya Pewarna Makanan Kena Tahu

tanda covid19 pada kanak-kanak

Kredit Foto : covid-19.moh.gov.my

Langkah Pencegahan COVID19 Di Kalangan Kanak-kanak

Dengan trend peningkatan kes yang begitu tinggi dan penularan virus varian baru, kesihatan seisi keluarga terutamanya anak-anak perlulah diutamakan.

Bagi kanak-kanak, sila amalkan langkah-langkah pencegahan khusus seperti berikut:

  • Ibu bapa perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap masa ketika berada di luar rumah.
  • Elakkan membawa anak-anak ke kawasan yang sesak dan gunakan pelitup muka sepanjang masa bila di luar.
  • Sebaik sahaja sampai di rumah, cuci tangan dan bersihkan diri dahulu sebelum menyentuh anak.
  • Bagi ibu bapa yang sudah mendapat tarikh temu janji vaksin, diminta supaya tidak berlengah dalam mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan keluarga.
  • Duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar dan pantau kesihatan anak sepanjang masa. Jika anak-anak didapati kurang menyusu, tidak berselera makan, kurang aktif dan mula selsema serta batuk, jangan berlengah untuk mendapatkan ujian saringan segera di hospital berdekatan.

Sumber rujukan :

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×