Sihat

Cara Check Sanitizer & Disinfectant Yang Betul, Hati-Hati Bila Beli!

42
SHARES

Sebelum ini suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari Abdul Khani ada menceritakan tentang bahayanya jika menyembur sanitizer mengunakan spray gun ke badan manusia. Hal ini kerana boleh menyebabkan kemudaratan kepada mental dan fizikal seseorang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Baca juga: Doktor Pakar Kongsi Kenapa Bahaya Simpan Tangki Oksigen Di Rumah

CARA CHECK SANITIZER DAN DISINFECTANT, HATI-HATI BILA BELI!

Dr Izzar Anwari tampil menceritakan cara untuk memastikan sanitizer yang dibeli bukan produk tiruan dan selamat untuk digunakan bagi tujuan sanitasi dan disenfeksi.

HATI-HATI MEMBELI SANITIZER ATAU DISINFECTANT

Saya pernah share mengenai perkara ni, tapi saya share lagila. Mesti ramai yang dah membeli sanitizer / disinfectant kan sekarang.

Untuk pengetahuan, sebelum membeli sanitizer / disinfectant di online, korang patut semak dahulu:

  • Nombor notifikasi kosmetik (NOT) bagi hand sanitizer atau
  • No. pendaftaran (MAL) ubat dan pelekat keselamatan hologram bagi disinfectant

Tanya kepada seller. Kalau dia claim kata ada kelulusan KKM, minta nombor NOT (bagi sanitizer) atau no MAL (bagi disinfectant). Ini untuk mengelakkan anda dari mendapat produk tiruan yang tak berkesan untuk tujuan sanitasi atau disinfeksi. Tapi kalau dia takde no NOT atau MAL, apa korang rasa? Nak senang beli kat farmasi je.

Nak semak kesahihan nombor NOT / MAL tu korang muat turun app ‘NPRA Product Status’ atau semak di laman web npra.gov.my

Ingin saya ingatkan juga bahawa hand sanitizer ni digunakan hanya bila tiada air dan sabun je. Pembersihan tangan menggunakan sabun dan air untuk selama sekurang-kurangnya 20saat adalah lebih efektif. 

Peniaga pula dinasihatkan agar jangan ambil kesempatan menjual produk tidak berdaftar atau tidak bernotifikasi dan membuat pelbagai tuntutan pencegahan terhadap penyakit-penyakit termasuklah Covid-19.

Penjualan ubat tidak berdaftar atau kosmetik tidak bernotifikasi adalah satu kesalahan dan jika sabit dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM 25,000 dan/atau penjara tidak melebihi 3 tahun.

Sumber: Instagram Dr Izzar Anwari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×