Sihat

Doktor Pakar Kongsi Kenapa Bahaya Simpan Tangki Oksigen Di Rumah

90
SHARES

Pasti ramai yang risau apabila melihat kes harian masih menunjukkan angka lima digit. Sehingga ada yang terfikir dan memilih untuk menyimpan tangki oksigen di rumah masing-masing kerana terlalu risau.

Walau bagaimanapun, adakah perlu dan selamat untuk menyimpan tangki oksigen di rumah anda? Menurut seorang doktor pakar ENT, Dr Tengku Ezulia menyatakan dia tidak berhasrat untuk menyimpan tangki oksigen untuk menjadi simpanan di rumah.

Baca juga: Dah Habis Kuarantin Tapi Masih Sesak Nafas? Ini Apa Anda Perlu Buat

SEBAB BAHAYA JIKA SIMPAN TANGKI OKSIGEN DI RUMAH

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, beliau menceritakan beberapa sebab mengapa tangki oksigen tidak perlu simpan di rumah.

tangki oksigen di rumah

Perlu ke simpan Tangki Oksigen di rumah?

Selepas pos saya mengenai ‘Happy hypoxia’ hari tu, ada yang tanya perlu ke beli dan simpan tangki oksigen di rumah?

Sebenarnya, anda tak digalakkan guna oksigen di rumah melainkan telah mendapat bersetujuan dari doktor. Antara sebab- sebabnya ialah:

1. Anda mungkin mengambil terlalu banyak atau terlalu sedikit oksigen. Ada risiko seperti “oxygen toxicity” sekiranya menerima terlalu banyak oksigen. Kepekatan oksigen yang tinggi boleh merosakkan paru-paru kita. Sebaliknya, kalau kita tidak mendapat oksigen yang cukup ke dalam darah, keadaan yang dipanggil hypoxia, boleh merosakkan jantung, otak, dan organ-organ lain.

2. Boleh menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan rawatan untuk COVID-19 Kategori 4 (mereka yang mempunyai gejala, jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) sedangkan mereka perlu dirawat di hospital dengan segera.

3. Gas oksigen berfungsi sebagai pengoksida yang menyokong proses pembakaran. Maksudnya kalau ada kebakaran kecil bermula berhampiran silinder oksigen, ia boleh membuat satu letupan dan kebakaran besar. Lebih2 lg kalau ada objek mudah terbakar seperti petrol, aerosol, lilin, dapur gas di sekitar silinder oksigen sememangnya sgt berbahaya.

ALAT PENTING UNTUK DI RUMAH

Jadi, untuk pemantauan gejala di rumah, lebih baik focus ada 3 benda penting ni je:

1. Pulse Oximeter – Ukur Spo2 & nadi

tangki oksigen di rumah

2. Blood pressure monitor – Ukur tekanan darah

tangki oksigen di rumah

3. Thermometer – Ukur suhu badan

tangki oksigen di rumah

Kalau ada bacaan yang tak normal, dapatkan nasihat doktor, okay?

Sumber: Instagram Dr Tengku Ezulia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×