Sihat

Dah Habis Kuarantin Tapi Masih Sesak Nafas? Ini Apa Anda Perlu Buat

357
SHARES

Sesiapa sahaja yang dijangkiti wabak Covid-19 pasti risau dengan kesihatan dan keadaan diri dan perlu menjalani kuarantin di rumah atau di pusat kuarantin yang telah ditetapkan. Tempoh kuarantin sepanjang 10 hari itu akan menjadi penanda aras mengenai keadaan diri pesakit Covid-19.

Walau bagaimanapun, setelah tamat tempoh kuarantin adakah diri sesorang individu yang dijangkiti virus tersebut akan kembali normal atau sebaliknya? Adakah kesan seperti sesak nafas akan berpanjangan meskipun sudah tamat kuarantin?

Baca juga: Batuk Tak Henti Sampai Berjam-Jam, Ini Kesan Varian Lambda ‘Kebal’ Vaksin

TERUS KE HOSPTAL. JANGAN BERLENGAH-LENGAH

Apakah jalan penyelesaian jika anda menghadapi masalah seperti itu? Perkongsian seorang doktor bernama Erna Nadia menceritakan apa yang harus dilakukan sekiranya masih mengalami gejala sesak nafas. Beliau juga menceritakan gejala varian Delta agak lambat selain turut menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan keluar jika perlu sahaja.

‘Doktor, saya dah habis kuarantin diri sendiri, dah hari ke 17 tapi saya masih rasa sesak dada, semput dan batuk. Tapi dah habis 2 minggu kuarantin dah, periksa pulse oximeter kat rumah pun okkk je, 95,96’ 

Jawapan saya adalah segeralah pergi ke hospital. Jangan bertangguh, jangan bertanya tanya.  

Tempoh inkubasi untuk varian delta lebih lama iaitu 21 hari. Untuk varian aplha dan beta dalam 10-14 hari. Tempoh inkubasi ini adalah tempoh masa dari saat seseorang sudah dijangkiti virus sehingga dia menunjukkan gejala atau simptom.

GEJALA SELEPAS BEBERAPA HARI, VARIAN DELTA BAHAYA!

Sebab itu varian Delta ini bahaya. Awal awal tak ada sebarang gejala. Sihat, hebat. Selang beberapa hari, pap terus lemah. 

Dan inilah tindakan yang perlu diambil. Rasa ada gejala sahaja atau gejala semakin teruk sahaja, teruslah ke hospital. Jangan berlengah. 

Because we never know. Don’t trust 100% on your own medical device. Sebab boleh jadi anda salah pasang, mesin anda tak berapa accurate yada yada yada. 

Ke hospital bukan untuk apa, untuk periksa dengan betul. Tak kira kuman apa yang menyerang, at least kita tahu. Boleh jadi covid, boleh jadi radang paru paru biasa, boleh jadi asthma, boleh jadi tibi, boleh jadi bronchitis atau penyakit lain. Nak sebut differential diagnosis ni memang 5000 patah perkataan belum tentu habis.

Jadi, nasihat saya, jika rasa tak sihat, teruslah berjumpa doktor ya

Dr. Erna Nadia, Tak perlulah lagi makan di kedai, once face mask dah dibuka di public, banyak kuman yang akan datang menyerang. Berhati hati kerana bukan kesihatan kita sahaja yang perlu dijaga.

Sumber: Dr Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×