Euforia Bola 2026
Famili

Bergaduh Dengan Teman Lelaki, Pelajar Perempuan 19 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Bilik

tidak bernyawa

Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemui tidak bernyawa sebelum disahkan meninggal dunia dalam sebuah bilik sewa di Kuantan, awal pagi Selasa.

Mangsa dipercayai terlibat dalam perselisihan faham dengan teman lelakinya yang juga berusia 19 tahun sebelum kejadian berlaku.

Baca juga: Hukuman Rotan Di Sekolah Tidak Pernah Dimansuhkan, Ada Tatacara Perlu Ikut – Fadhlina

DITEMUI TIDAK BERNYAWA, PELAJAR 19 TAHUN MAUT

TIDAK BERNYAWA

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada suspek kira-kira jam 4.32 pagi yang memaklumkan mengenai pergaduhan antara dia dan teman wanitanya.

Menurutnya, sepasukan polis kemudian bergegas ke lokasi dan menemukan mangsa terbaring tidak sedarkan diri di atas katil dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah berkenaan.

“Pemeriksaan Pakar Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Ashari berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku susulan perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya.

tidak bernyawa

Susulan kejadian itu, lelaki terbabit ditahan polis di lokasi bagi membantu siasatan. Suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan dan diperintah reman selama tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HTAA untuk menjalani bedah siasat.

Polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berkaitan kejadian tersebut kerana ia boleh mengganggu proses siasatan.

Baca juga: Pernah Nyanyi Depan Permaisuri Agong, Puteri Azalia Buktikan Bakat & Berani Di Pentas Little Star!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×