Didik

Lebih 300 Pelajar Perempuan Jadi Mangsa Gambar B*gel AI, Telefon Pelajar Tingkatan Lima Bongkar Segalanya

pelajar perempuan

Teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin canggih, namun penyalahgunaannya boleh membawa kesan buruk sehingga mengaibkan dan menjejaskan kehidupan seseorang. Lebih mengejutkan, seramai lebih 300 pelajar perempuan sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan, dilaporkan menjadi mangsa penyuntingan gambar bogel menggunakan teknologi berkenaan.

Lebih membimbangkan, gambar yang dimanipulasi itu didakwa bukan sahaja tersebar dalam kalangan pelajar sekolah, malah turut dijual menerusi aplikasi Telegram.

Baca juga: [TERKINI] KPM Umum Sekolah Tutup Esok Untuk IPU Lebih 180 & Isnin Jika Cecah 150 Selama 3 Hari

LEBIH 300 PELAJAR PEREMPUAN JADI MANGSA GAMBAR BOGEL AI

pelajar perempuan

Gambar Ahmad Hasbi: Ng Kian Nam ketika pertemuan bersama ibu bapa pelajar yang didakwa menjadi mangsa suntingan gambar bogel menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Gambar lucah ditemui dalam telefon pintar di surau sekolah

Menurut peguam Ng Kian Nam, kejadian itu mula dikesan pada 12 Ogos lalu apabila seorang pelajar tingkatan dua menemui sebuah telefon pintar tanpa kata laluan di dalam surau sekolah.

Pelajar terbabit kemudian menemukan gambar lucah yang memaparkan wajah pelajar sekolah berkenaan, tetapi telah disunting menggunakan AI sehingga kelihatan seolah-olah mereka tidak berpakaian.

“Dalam kejadian 12 Ogos itu, pelajar tingkatan dua berkenaan kemudian menghantar gambar berkenaan ke Instagram kakaknya yang berusia 17 tahun.

“Gambar berkenaan adalah muka pelajar sekolah itu yang disunting tanpa pakaian menggunakan AI.

“Difahamkan pelajar ini meletakkan semula telefon berkenaan (di tempat asal) sebelum diambil guru disiplin sekolah,” katanya ketika sidang media, semalam

Telefon pintar itu kemudiannya disahkan milik seorang pelajar tingkatan lima di sekolah berkenaan.

Lebih 300 pelajar perempuan dipercayai menjadi mangsa

pelajar perempuan

Gambar hiasan: Gemini AI

Susulan penemuan tersebut, lima laporan polis dibuat pada 20 Ogos lalu, termasuk oleh ibu bapa pelajar yang menemukan telefon berkenaan.

“Difahamkan, satu perjumpaan diadakan antara ibu bapa dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) dan mereka bersetuju untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).

“Pada 15 September lalu, satu perjumpaan antara ibu bapa, wakil persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), LPS, pihak sekolah dan pegawai JPN diadakan.

“Dalam pertemuan ini, pihak sekolah mengaku dan mengesahkan terdapat lebih 300 mangsa yang terbabit dalam kes suntingan gambar bogel menggunakan AI itu,” katanya.

Pelajar lelaki yang dipercayai memiliki telefon pintar itu juga dilaporkan telah digantung sekolah, manakala pihak sekolah mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan jabatan.

Baca juga: Tular Dakwaan Perlakuan Tak Wajar, Program Sekolah Libatkan Penceramah Bebas Dihentikan Serta-Merta

Ibu bapa dakwa tidak dimaklumkan status gambar anak

Bagaimanapun beliau berkata, semua ibu bapa tidak dimaklumkan mengenai status gambar anak mereka dan tidak diberitahu kejadian yang sebenarnya berlaku.

“Ibu bapa pelajar yang menjumpai telefon bimbit juga tidak berpuas hati apabila dua anak mereka diminta untuk tanda tangan satu surat akujanji supaya tidak mendedahkan kejadian itu sekiranya tidak mahu diambil tindakan,” katanya.

Sehubungan itu, satu surat telah dihantar ke Balai Polis Jalan Champbell bagi menuntut supaya siasatan lebih menyeluruh dijalankan terhadap kes berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihak polis menerima lima laporan daripada ibu bapa berhubung penyebaran gambar yang menggunakan wajah pelajar perempuan itu antara 20 hingga 23 Ogos lalu.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×