Euforia Bola 2026
Didik

Hukuman Rotan Di Sekolah Tidak Pernah Dimansuhkan, Ada Tatacara Perlu Ikut – Fadhlina

ROTAN DI SEKOLAH

Hukuman rotan di sekolah masih dibenarkan dan tidak pernah dimansuhkan, namun pelaksanaannya hanya boleh dikenakan terhadap murid lelaki bagi kesalahan tertentu mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, hukuman berkenaan tidak boleh dilaksanakan secara sewenang-wenangnya atau mengikut emosi pihak yang menjatuhkan hukuman.

Baca juga: Pernah Nyanyi Depan Permaisuri Agong, Puteri Azalia Buktikan Bakat & Berani Di Pentas Little Star!

HUKUMAN ROTAN DI SEKOLAH TIDAK PERNAH DIMANSUHKAN

ROTAN DI SEKOLAH

Menurutnya, kuasa untuk melaksanakan hukuman rotan hanya diberikan kepada guru besar, pengetua atau guru yang mendapat kuasa secara nyata daripada pihak berkenaan.

Beliau turut menegaskan bahawa hukuman rotan tidak boleh dilakukan kerana marah atau sehingga menyebabkan kecederaan kepada murid.

“Satu lagi perkara yang berulang kali dibangkitkan supaya hukuman rotan dikembalikan. Jadi saya mahu jelaskan, hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan.

“(Namun) Hukuman tidak boleh dilakukan sesuka hati, tidak boleh dilakukan kerana marah dan tidak boleh sehingga mendatangkan kecederaan. Setiap hukuman perlu mempunyai asas yang jelas dan direkodkan mengikut ketetapan yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media berkaitan perkembangan kes kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya di Parlimen, semalam.

ROTAN DI SEKOLAH

Sekadar gambar hiasan

Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperincikan garis panduan dan tatacara pelaksanaan hukuman rotan bagi memastikan semua pihak memahami batas yang ditetapkan.

Katanya, penjelasan itu penting supaya pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat mengetahui dengan jelas perkara yang dibenarkan serta perkara yang tidak boleh dilakukan berkaitan hukuman tersebut.

“KPM, dari semasa ke semasa kita akan memperincikan semua tata cara ini supaya sekolah, ibu bapa dan masyarakat memahami dengan jelas apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan,” jelasnya.

Baca juga: Ini Tarikh Lengkap Kalendar Akademik 2027 Kumpulan A & B, Dah Boleh Rancang Percutian!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×