Dapur

Tengah Berdiet Ke Tuu…Nah, Cuba Menu Sahur Ini, Boleh Tahan Lapar Lama & Kaya Soy Protein!

2
SHARES
menu sahur diet

Dalam kita mengharungi ujian berpuasa dalam bulan Ramadan, pasti ramai yang baru sahaja masuk waktu tengah hari dah berkeroncong bunyi perut kerana lapar. Mana tidaknya, semasa bangun bersahur hanya makan ala kadar dan makanan pun tak kaya dengan sumber khasiat. Walaupun nak cuba menu sahur diet, kenalah pandai pilih bahan yang ada dalam makanan tersebut ya!

Oleh itu, berikut merupakan salah satu menu perkongsian di laman Facebook tentang resepi makanan sahur tahan lama yang nampak macam pencuci mulut tapi kaya dengan soy protein. Katanya makanan ini boleh menahan lapar sampai waktu berbuka, jom cuba!

MENU SAHUR DIET PALING TAHAN LAMA!

Menu sahur yang paling bertahan lama. Sihat dan rendah kalori tapi rasanya sedap dan creamy! Gabungan pisang dan yogurt tu fav sis, rasa masam manis berlemak gitu. Soy protein tu wajib ada ye baru lah lengkap dan seimbang.

menu sahur diet

Bahan-bahan cuma perlu ada:

1.Yogurt

2.Bread

3.Oats

4.Soy protein

5.Pisang

6.Blueberry

Cara-caranya:

menu sahur diet

1.Susun bread

2.Ratakan yogurt, susun potongan pisang

3.Tabur soy protein dan oat

4.Ratakan yogurt

5.Potongan pisang

6.Soy protein

7.Ratakan oat

8.Yogurt

9.Potong buah-buahan apa pun boleh. Resepi ini saya gunakan blueberry.

Selamat mencuba!

Sumber: Linda Safar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×