Dapur

Siap Pack, Susun & Label Menu..Ibu Ini Kongsi Cara Simpan Stock Barang Basah Paling Senang!

39
SHARES
cara simpan barang basah

Nampaknya bulan Ramadan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam telah tiba! Inilah masanya untuk kita banyakkan  ibadah dan amalan kerana pahala berlipat kali ganda. Bukan itu sahaja, golongan mak-mak pasti sudah bersiap sedia dengan pembelian barang dapur iaitu barang basah untuk memasak bukan? Tapi, macam mana cara simpan barang basah supaya tahan lama?

Bukan itu saja, bila kita dah cuci dan susun atur barang basah untuk masak ini siap-siap, anda dah tak perlu kejar masa lagi untuk masak kerana semuanya dah tersusun rapi. Ada tips yang dikongsikan oleh ibu ini di mana anda tinggal ambil barang dan masak terus sebab menu pun dah siap dilabel di barang tersebut!

CARA SIMPAN BARANG BASAH UNTUK MASAK SUPAYA TAHAN LAMA, MUDAH!

Okeyy lepas selesai orientasi kakak Arissa tadi,balik terus singgah kedai acheh utk beli barang-barang dapur..biasalah anak 5 dah nak start sekolah ni mama kena masak pagi sekali, balik kerja sekali..So macam ni la kena buat. Siap-siapkan, bersihkan, asing-asingkan dan plan nk masak apa. Susah dahulu, senang kemudian.

Yela, kang balik kerja penat-penat, termenung nak cari idea masaknyer sekian. Sayur kita beli fresh-fresh setiap hari, tak gemar simpan stok, bila dah reload semua stock barang basah, stok cili blend serbaguna dan pes-pes macam ni barula legaaa hati kan. Lain org, lain caranya tapi inilah cara Cik Ecah.

1.Udang dan sotong, lalukan dengan air, siang la perutnya, kalau nak buang kulit, buang la..potong janggut dan ekornya.

cara simpan barang basah

 

2.Tapis dan gaul dengan garam..bilas sambil selawat..toskan

cara simpan barang basah

3.Tapis dan gaul dengan garam..bilas dengan air sambil selawat..toskan

4.Ikan pun sama..supaya stok tahan lama tanpa berbau, pastikan darah-darah ,insang, perut segala siang sampai bersih..

cara simpan barang basah

5.Tapis, letak garam dan asam jawa, gaul dan bilas sambil selawat..toskan.

cara simpan barang basah

6.Beli plastik kuih besar macam ni..murah je kan?

cara simpan barang basah

7.Packing portion sekali masak..kalau rajin, tagingkan je terus nak masak apa, so nanti takde la kata idea tu xmai. Plan je dulu, nanti kalau teringin masak lain, tukar lerr hihi..tulis guna permanent marker ye.

cara simpan barang basah

8.Taging ikut selera masa ni memang la macam-macam nka makan kan..nanti kalau malas tu datang haaa semua kau masak goreng kunyit.

9.Masuk la dalam fridge..nanti kita buat ayam pun camni ye..packing setengah ekor untuk sekali masak.

cara simpan barang basah

10.Telur pun rendam dan basuh..lap kering dan simpan dalam fridge.

cara simpan barang basah

11.Ni stok pes asam pedas, stok cili blend serbaguna dan pes sambal bali.

cara simpan barang basah

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak!

Sumber: Main Masak2 Aisha Shukor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×