Famili

Ibu Hamil Dalam 8 Kategori Ini Tak Boleh Berpuasa, Boleh Bawa Mudarat!

15
SHARES
ibu hamil boleh berpuasa

Menjadi persoalan dalam kalangan para ibu hamil apabila tibanya bulan Ramadan adalah, boleh atau tidak mereka berpuasa penuh? Ada yang mengatakan ibu hamil boleh berpuasa dan ada juga mengatakan sebaliknya. Hal ini kerana kerisauan timbul kes-kes yang melibatkan kesihatan si ibu hamil terganggu dan menyebabkan kehilangan janin dalam kandungan.

Oleh itu, Dr. Izzat yang merupakan pakar sakit puan menjelaskan ada beberapa golongan ibu hamil yang tidak dibenarkan berpuasa kerana alasan tertentu.

IBU HAMIL BOLEH BERPUASA TAK? AWAS JIKA ANDA DALAM 8 KATEGORI INI

ibu hamil boleh berpuasa

Dah banyak patient mengandung tanya saya kat klinik, boleh tak dia berpuasa nanti? Secara amnya, ibu mengandung yang TAK digalakkan untuk berpuasa adalah seperti berikut :

1) Ibu yang ada GDM dengan kawalan insulin.

2) Ibu yang berisiko tinggi untuk dapat darah beku ( Venous thromboembolism ), atau pernah kena VTE dan sedang diberikan ubat cucuk cairkan darah Clexane.

3) Ibu yang ada Ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) – ni untuk ibu yang mengandung dengan ubat kesuburan.

4) Ibu yang ada muntah-muntah teruk, tak kira pada awal pregnancy atau pada trimester lain.

5) Ibu yang ada pendarahan.

6) Ibu yang tak sihat – demam atau sedang dijangkiti covid.

7) Ibu yang bayinya ada masalah tumbesaran ( IUGR ).

8)Ibu yang mengandung kembar.

TIPS KETIKA BERBUKA DAN SAHUR

ibu hamil boleh berpuasa

Atau apa jua keadaan yang doktor fikirkan bila berpuasa boleh memudaratkan kesihatan ibu. Untuk ibu mengandung yang boleh berpuasa, setelah dinilai oleh doktor, ada beberapa tips untuk anda :

1) Makan lebih dari 2x antara masa berbuka dan sahur. Pilih makanan seimbang dan berkhasiat untuk elak sembelit, masalah penghadaman, heartburn.

2) Untuk berbuka takda plan pemakanan khas tapi boleh try this :

Buka dengan 3 biji tamar + Jus buah ( boleh ganti dengan sup atau yogurt rendah lemak ). Sambung dengan makanan seimbang-ada salad, ulam-ulaman, ada protein dan complex karbohidrat. Food high fat and oily best to avoid!

3) Jangan tinggal sahur.

4) Elak minum teh/coffee masa sahur – caffeine boleh sebabkan you terkencing banyak and sekaligus senang kena dehydration. Nak puasa takleh minum air dah kan?

5) Pastikan minum air masak yang mencukupi sepanjang tempoh berbuka dan sahur.

*Jangan tanya saya sama ada anda boleh berpuasa ke tak di social media, masa jumpa Dr untuk check up/follow up tu boleh tanya doktor memasing. Bila saya tak periksa saya tak boleh cakap you selamat untuk berpuasa atau tak.

Selamat berpuasa maders!

Sumber: Twitter Dr.Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×