40 Minggu

7 Doa Mama Papa Boleh Amalkan Untuk Kuatkan Janin Dalam Kandungan, Elak Keguguran

148
SHARES
doa kuatkan janin

Bukan semua pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga dikurniakan rezeki awal bagi mendapatkan cahaya mata. Ada yang perlu menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat dan telah mencuba pelbagai cara untuk hamil. Jadi, apabila dikurniakan rezeki cahaya mata ini pastilah ibu bapa akan menjaga dengan baik dan mengamalkan doa kuatkan janin dalam kandungan.

Doa-doa yang dijadikan amalan ini juga sebagai pendinding dan penguat kepada kandungan bagi mengelakkan keguguran berlaku. Namun, siapalah kita untuk melawan takdir bukan? Apa yang kita boleh lakukan adalah berusaha sedaya mungkin untuk menjaga amanah Allah ini…

7 DOA KUATKAN JANIN DALAM KANDUNGAN BOLEH AMAL

1.Membaca surah Al-Hij’r ayat 97, 98 dan 99

doa elak keguguran

Maksudnya:

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

2. Membaca zikir Ya Mubdi,  Bermaksud Pencipta

Al Mubdi (الْمُبْدِئُ) ertinya Maha Memulai, maknanya iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang memulai segala sesuatu.

Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.

3. Membaca doa kekuatan janin

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat.

4. Banyak membaca Al-Fatihah

Ketika hamil, para ibu dianjurkan memperbanyakkan membaca surat Al-Fatihah untuk memohon keselamatan dan kesihatan  janin yang dikandung. Tidak kira pada waktu bila pun, anda boleh membaca Al-Fatihah di mana-mana sahaja.

5.Doa agar janin tumbuh dengan baik

Doanya adalah seperti:

Allaahummaj ‘alhu shahiihan kaamilan wa’aaqilan haa dziqan wa’aaliman’aamilan, Allaahumma thawwil umrahu washahhih jasadahu wahassin khuluqohu wafashshih lisaa nahu, Wa ahsin shautahu li qiraa atil hadiitsi wal qur’aan, Wawasi’rijqahu, Wajalhu insaanan kaamilan saaliman fiddunya wal aakhirah, Bibirakati sayyidinaa Muhammaddin shallallaahu’alaihi wasallam wal hamdu lillahi rabbil’aalamiina Aaamin, aamin aamin yaa robbal aalamin.

“Ya Allah semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan cerdik dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjatnya Dan luaskanlah rezekinya dan jadikanlah bagi manusia yang sempurna selamat di dunia dan akhirat. Dengan berkahnya Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam aamin, aamin aamin yaa robbal aalamin Kabulkanlah doa kami, kabulkanlah doa kami.”

6. Membaca tiga surah terakhir dalam Al-Quran

Selain itu, sangat dianjurkan bagi ibu hamil menghafal dan membaca ketiga-tiga surah terakhir dalam Al-Quran iaitu An-Nas, Al-Falaq, dan Al-Ikhlas. Ketiga-tiga surah tersebut memiliki keutamaan sebagai penjaga umat Muslim sekaligus membuat diri mudah merasa cukup.

7. Membaca surat Al-Hasyr

Surat ke-59 dalam Al-Quran atau surat Al-Hasyr juga menjadi doa yang boleh dijadikan amalan bagi semua ibu hamil. Jika dibaca secara rutin, maka manfaat yang akan dirasakan antaranya adalah terhindar dari gangguan jin serta didoakan oleh 70.000 tentara malaikat yang dikirim Allah SWT.

Si ibu boleh membaca surah Al-Hasyr sambil mengusap perut, atau boleh juga dibacakan si ayah sebanyak tujuh kali yang kemudiannya ditiupkan ke perut ibu.

Sumber: DrNatashaNor, Asianparent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×