40 Minggu

Wanita Ini Sebak Pernah Gugur 6 Kali, Disyaki Buah Pinggang Bocor & Hidap Kencing Manis

185
SHARES

Menjadi impian setiap wanita untuk hamil dan mempunyai zuriat sendiri selepas mendirikan rumah tangga. Namun, tidak semua dalam kalangan pasangan atau si isteri yang mendapat rezeki tersebut dalam masa yang singkat malah ada yang tidak berpeluang untuk mendapat zuriat langsung.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini apabila doktor mengesahkannya tidak dapat hamil setelah enam kali gugur akibat menghidap kencing manis dan disyaki buah pinggang bocor.

Baca juga: Majlis Reunion Penyatu Jodoh Cikgu & Bekas Pelajar, Beza Usia 11 Tahun!

6 KALI GUGUR, HIDAP KENCING MANIS & DISYAKI BUAH PINGGANG BOCOR

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Norshafiakah di TikTok, berkongsi kisah sedih yang tidak pernah dilupakan olehnya apabila enam kali keguguran kerana menghidapi masalah kencing manis serta disyaki terdapat kebocoran pada buah pinggangnya.

Sedih keputusan doktor bagitahu yang aku tak boleh ada anak.

Difahamkan, sebelum mendirikan rumah tangga beratnya pernah mencecah sehingga 130kg, namun selepas dia menjaga pemakanan, kini beratnya hanya 89kg.

Punca dia satu memang Pikah turunkan berat badan tapi Pikah ada diabetes dan kencing manis. Bila ada kencing manis ni doktor surun kekalkan paras gula baru boleh mengandung. Orang kata rancangan Allah, Pikah disahkan kemungkinan buah pinggang bocor dan doktor tak syorkan untuk Pikah mengandung.

DOKTOR SARAN UNTUK TIDAK HAMIL LAGI

Dalam pada itu, doktor tidak menyarankannya untuk hamil kerana pernah gugur sebanyak enam kali dan ketika kehamilannya yang kelima, bayinya hanya dapat bertahan selama 28 minggu kerana tahap kesihatan si ibu yang semakin merosot.

Sebab dulu Pikah 6 kali mengandung dan 6 kali tu jugaklah gugur. So hari itu kandungan 28 minggu pun jadi tak sihat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan semangat kepada wanita ini dengan menyuruhnya terus berdoa dan percaya kepada rezeki yang ditulis Allah SWT.

Sumber: Tiktok @mekpikah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×