40 Minggu

“Mimpi Nenek Tua”- Usia Kandungan Masuk 4 Bulan, Bila Scan Doktor Cakap Anak Dah Tiada…

269
SHARES

Siapa yang tidak gembira apabila disahkan hamil dengan cahaya mata pertama bukan? Sudah lama menunggu kehadiran cahaya mata ini namun semuanya hanya sementara. Benarlah apa yang dikatakan sebagai kita manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Begitu juga dengan perkongsian dari Puan Nur Hafsyah, dimana pada awal 4 bulan kandungannya adalah normal dan sihat, namun perkara yang tidak diduga berlaku apabila kandungannya ‘hilang’ secara tiba-tiba!

AL-FATIHAH UNTUK ANAK SYURGAKU

Sungguh tidak disangka, perkongsian dari wanita ini mengejutkan orang ramai apabila ketika membuat rutin pemeriksaan kandungan, dia diberitahu oleh doktor bahawa kandungannya sudah tiada. Apa yang lebih mengejutkan adalah rahim kandungannya kosong!

17/3/2021 , mama pergi checkup nak tngok perkembangan baby . Rasa excited nak tengok anak mama . Doctor scan anak mama, tibe ii doctor tanya mama “ ada jatuh ke ? Ada keluar pendarahan ke ? “, mama cakap takda , and then doctor suruh mama pergi kencing.

MIMPI NENEK TUA, RASA PERUT SEMAKIN KEMPIS

After 20 minit, doctor panggil mama . Doctor tanya mama betul ke takde jatuh ? Mama kata takde , tapi mama ada mimpi nenek tua nak ambik ank mama , before pergi checkup pagi tu pn mama dah rasa perut kempis . Tapi mama think positive je , and then doctor suruh mama baring untuk repeat scan semula.

After repeat scan, doctor sahkan mama keguguran. Anak mama hilang , janin dah takde dalam rahim ! Ya Allah time tu mama rasa nak menangis teriakk . Mama terus pergi jumpa papa.

Dalam kereta papa asik tanye , apa doctor cakap ? Mama tak tahu nak cakap macam mana dekat papa , tapi mama memang tak boleh tahan air mata depan papa . Hanya Allah je tahu betapa remuknya hati mama time tu.

Mama baru je kehilangan arwah mak , sedih ni tak hilang lagi . Tapi Allah uji mama, mama kehilangan orang yang sangat bermakna dalam hidup mama & papa.

Terima kasih Ya Allah kau dah pinjamkan kami kebahagiaan walaupun hanya sementara , kami redha dengan apa yang berlaku pada harini . Sayang tunggu mama & papa dekat syurga ya.

Sumber: Nur Hafsyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×