Kalau dah jodoh tak ke mana. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi ini apabila seorang guru berjodoh dengan bekas pelajarnya sendiri. Apa yang menariknya adalah kisah pertemuan jodoh pasangan ini bermula di sebuah majlis reunion!
Baca juga: Isteriku Guruku, Beza 25 Tahun Rupanya Berjodoh Dengan Guru Sendiri!
TAK SANGKA BERJODOH DENGAN BEKAS PELAJAR SENDIRI
Menerusi beberapa buah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Anie Hisham, menceritakan bahawa dia tidak menduga sama sekali akan bergelar isteri kepada bekas pelajarnya sendiri. Walaupun jarak umur berbeza 11 tahun, perkara tersebut tidak menjadi penghalang buat pasangan ini.
Jodoh Allah itu sememangnya tak pernah dapat kita duga. Allah aturkan adalah yang terbaik buat hambaNya. Semoga Allah mudahkan urusan perkahwinan kedua saya. Dia lahir 1999 (23) dan saya 1988 (34).
Mengulas dengan lebih lanjut, pemilik video ini juga turut menafikan bahawa mereka mula bercinta sejak di bangku sekolah dan menjelaskan bahawa mereka kembali bertemu menerusi sebuah majlis reunion yang dianjurkan pihak sekolah.
Sebab kami bukan bercinta dari zaman dia bersekolah. Lepas dia habis SPM pun kami still tak contact. Sampailah batch dia buat reunion dan dia baru tahu saya single mother.
JODOH TAK DIDUGA
Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ramai dalam kalangan warganet yang teruja dengan kisah percintaan pasangan ini dan turut mendoakan hubungan pasangan tersebut berkekalan hingga ke Jannah.
Sumber: Tiktok @anieshashim