Famili

Isteriku Guruku, Beza 25 Tahun Rupanya Berjodoh Dengan Guru Sendiri!

256
SHARES

Memang benarlah apa yang dikatakan ‘Jodoh itu rahsia Allah’. Tiada siapa yang dapat menduga setiap pertemuan dan perkenalan kita dengan pasangan yang sudah ditentukan di Luh Mahfuz lagi. Begitu juga dengan perkongsian video ini apabila kisah cinta antara seorang murid dan guru menjadi kenyataan.

Rupa-rupanya guru di sekolah sendiri merupakan jodohnya!

Baca juga: 6 Fakta Menarik Kenapa Wajah Suami Isteri Selalu Seiras

Berjodoh dengan cikgu sendiri

Begitulah seperti perkongsian seorang pemuda apabila bertemu jodoh dengan gurunya sendiri. Hal tersebut dikongsikan oleh satu akuan TikTok menggunakan nama @Samballana_bistro78 apabila memuat naik video rangkuman perkenalan dengan isteri tersayang.

@samballana_bistro78Isteriku Guruku ? 🥰 ##krukkrapmysamballana ##UnfoldChallenge ##bangkitkanbisnesanda ##myfoodie♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Dalam video tersebut, pengguna akaun @Samballana_bistro78 memaklumkan yang dia merupakan seorang pelajar ketika itu dan kerap bergambar dengan guru yang kini menjadi isterinya bermula dari tahun 2016.

Selamat bernikah pada 2020, beza usia 25 tahun

Tidak lama selepas itu, dia memberanikan diri mengajak keluar makan sekitar tahun 2018 dan pada tahun 2020, mereka berdua sah bergelar suami isteri.

Menurutnya lagi, perbezaan usia mereka adalah 25 tahun dan hal tersebut bukan menjadi masalah buat mereka berdua yang kini bahagia bersama.

‘MUNGKIN JODOH AKU BELUM LAHIR’

Menjengah ke ruangan komen sudah semestinya dipenuhi dengan komen-komen menarik warganet. Ada juga yang mengatakan bahawa mungkin jodoh mereka masih kecil atau masih belum lahir. Inilah yang dikatakan jodoh, sememangnya di luar jangkaan!

Sumber: TikTok @Samballana_bistr08

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×