Suami Isteri

6 Fakta Menarik Kenapa Wajah Suami Isteri Selalunya Seiras

2.9K
SHARES
suami isteri iras

Seringkali kita akan terjumpa pasangan suami isteri yang mempunyai raut wajah yang seiras. Sedangkan jika ada dalam kalangan rakan anda, anda boleh lihat bawah wajah mereka tidaklah seiras ketika sebelum berkahwin. Macam mana boleh jadi macam ini?

Berikut merupakan penjelasan dari Dr. Rostam dimana beliau menyenaraikan beberapa fakta menarik tentang mengapa wajah suami isteri akan kelihatan seiras.

FAKTA MENARIK KENAPA PASANGAN SUAMI ISTERI NAMPAK SEIRAS?

fakta pasangan seiras

1. Kajian yang dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita @ iras dengan ibu ayah kita sendiri.

2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal & strata sosial yang setara.

3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan & gaya yang sama, yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa & saling percaya.

Irma Hasmie merupakan antara selebriti yang mempunyai wajah pasangan yang seiras.

4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi tak hairanlah jika seorang sakit, yang 1 lagi juga bakal tak sihat.

5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi & cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.

6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan & kebahagian yang dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.

*Tapi memang betul kan semua fakta ini?

Sumber: Dr.Rostam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×