40 Minggu

5 Fasa Sakit Bersalin Yang Suami Kita Tak Tahu

159
SHARES
tips bersalin normal

Benarlah kata orang bahawa sesiapa yang tidak merasai pengalaman sakit bersalin, tidak tahu apa itu sakit yang sebenarnya. Namun, sakit bersalin inilah apa yang diinginkan dan perlu dilalui oleh para wanita. Jadi, para suami pastilah tidak tahu apakah sakit yang yang dirasakan oleh para isteri sepanjang tempoh ingin bersalin tersebut. Ini adalah 5 fasa sakit bersalin yang suami tidak tahu, memang perit tapi indah!

Baca juga: Embrio IVF Berbaki 3, Wanita TTC Sebak Bila Disahkan Hamil Secara Normal

5 FASA SAKIT BERSALIN YANG SUAMI KITA TAK TAHU

Sakit bersalin ni memang sakit. Tak kisah la anak no 1 ke atau no last. Normal atau Caesar. Lelaki atau perempuan. Kalau ikut pengalaman akak sendiri bersalin normal, ada 5 fasa sakit.

FASA 1:

Bukaan 1-4/5 cm. Fasa ni boleh berlanjutan sampai 24 jam atau lebih. Dekat fasa 1 ni jugak dapat rasa contraction main main hingga contraction makin kerap. Waktu ni boleh sabar dan boleh tahan lagi lah walaupon muka dah berkerut kerut.. Boleh slow slow jalan buat kerja rumah kemas sikit sikit kalau masih d rumah.. Kalau dah masuk ward, masih boleh jalan jalan pusing ward.

Tahap sakit: Boleh baca semua zikir zikir yang dihafal dengan lancarnya..

FASA 2:

Waktu ni bukaan 4/5/6 cm. Contraction dah makin tak boleh bawak bincang. Dah mula dah rasa cramp cramp hampir keseluruh badan.. Perut pon mengeras je waktu ni..Kalau pegi tandas, wajib ade teman. Kalau kat hospital confirm kena tekan loceng bantuan sebab dah tak mampu nak jalan sendri dengan baik. Nak melangkah pon dah berat.

Tahap sakit: Boleh bace zikir lagi..tapi bacaan sudah mula terganggu dan mula berselang dengan tarikan nafas panjang panjang menahan sakit.

FASA 3:

Bukaan 5/6 cm (wajib masuk labour room dah kalau kt hospital) Biasanya dengan bukaan 5/6 cm ni, doktor akan pecahkan air ketuban. Proses pecahkan air ketuban ni tak sakit langsung. Tapi jaga jaga lah, lepas ketuban dah pecah, air ketuban dah keluar, sakit yang terlampau menggila akan menyerang! Bergegar katil tahan sakit.

Akak namakannya sebagai contraction antara “hidup dan mati”. Waktu ni bukan setakat sakit tak boleh bincang, tapi nak keluar suara pon dah rase tak boleh .Bola mata pon dah tak boleh fokus dah.. Kalau husband hulur jari, boleh patah seliuh jari tu nanti..tak caya cube trylah mintak suami hulur jari.. Akak pernah smpai terkoyakkan kolar baju husband tanpa sedar.

Tahap sakit: Zikir panjang-panjang dah tak mampu baca dah walaupun dah dihafal dengan baik. Yang mampu sebut hanyalah ALLAH, ALLAH, ALLAH.. Tak boleh fikir apa dah.. Cuma tak sabar tunggu 10 cm dan nak sangat dengar dari cakap, TERAN!!

FASA 4: 9/10 cm

Teran dan baby kluar. Tapi ingat, bukan skali teran je baby dah keluar.. Berkali kali jugak la baru baby keluar. Yang orang duk pesan jangan angkat punggung nanti koyak tu, haaa time ni la.. Akak tak tau la angkat ke tak.. tak ingat dah.. Matlamat utama nak baby kluar je.

Bila baby dh kluar, fuhhhhh.. Menangis skejap. Waktu ni menangis bukan sebab sakit, tapi sebab sakit dah hilang.. bersyukurnya ya Allah.. Tengok baby, sihat dan ckup sifat. Alhamdulillah, syukur ya Allah semua dah selesai dengan selamat..

Tapi.. Jangan terkejut lah kalau datang lagi sakit lepas tu.. Sakit yang datang tu org tua tua panggil RENGAT. RENGAT ni sakit die lebih kurang lah mcm nak beranak tadi.. Biasa dari bagi ubat tahan sakit.. Akak rase bnde ni mase bersalin anak ke 3. Anak pertama dan kedua tak rasa..

FASA 5:

Doktor akan tekan tekan perut kita untuk keluarkan darah darah beku serta uri biasanye waktu ni.. Lepas habis smue uri keluar, proses seterusnya ialah proses jahit luka.. Jahit luka ni memang akan rasa lah..REAL gile wehhh.. Walau pon doktor cucuk ubat bius..Kite tetap akan rasa sakit ngilu setiap kali doktor cucuk kulit kite dengan jarum yang berbentuk mata kail tu.. Lepas tu kite akan rasalah benang ditarik perlahan lahan..sampai lah habis semua luka dijahit..

Dah habis settle smue, bila suami dah azan/iqamatkan baby, kalau  takde masalah apa apa, terus boleh masuk wad.. Dan kalau takde masalah pape, sehari duduk wad dah di benarkan balik. Di sepanjang 5 fasa sakit bersalin ni, orang yang paling penting berada di sisi si isteri ialah suami.. Suami apa nak buat bila isteri tengah sakit macam tu?

1) Ajarkan isteri berzikir mengingati Allah. Meminta bantuan dari Allah s.w.t supaya memudahkan perjalanan melahirkan anak. Biasanya baca “lailahaillaanta, subhanakinnikuntuminazzhooliminnn”

2) Ingatkan isteri supaya mendirikan solat fardhu jika masuk waktu dan isteri masih belom bersalin ketika itu. (dapatkan lebih huraian dari ustaz/ ustazah)

3) Gosok lah kepala isteri, perut isteri sambil memberi kata kata semangat pada die.

4) Solat sunat hajat mohon isteri d beri keringanan dan keselamatan sepanjang proses bersalin.

IN SHAA ALLAH, semua nya akn baik baik saja. Seronok sebenarnya kalau ingat balik pengalaman bersalin ni walaupun tu antara moment moment paling getir dalam hidup bila terpksa bertarung nyawa.. Tapi, itu lah antara nikmat nikmat yang Allah kurniakan pda kita sebagai seorg wanita.. Itu lah perjuangan.. Berakhirnya derita perjuangan ni apabila kita mula menatap wajah si comel yang kita kandung selama 9 bulan lebih ni..

Harapan dan doa akak semoga Allah S.W.T memberi peluang pada semua kaum hawa di dunia ini utk merasai pengalaman menjadi seorang ibu.. Jangan pernah sedih atau berputus asa dengan segala aturan Allah pada kita… In shaa Allah..

Sumber: Damiana Jun via Tip Keluarga Idaman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×