40 Minggu

Embrio IVF Berbaki 3, Wanita TTC Sebak Bila Disahkan Hamil Secara Normal!

165
SHARES

Wanita mana yang tidak mahu hamil secara normal bukan? Namun, tidak semua dalam kalangan wanita yang bertuah dan diberi kemudahan sebegitu. Ada juga yang perlu menjalani rawatan IVF beberapa kali sebelum dapat hamil dan ada juga yang tidak berpeluang untuk mempunyai zuriat sendiri.

Bagi usahawan bernama Leeyana Rahman ini keajaiban berlaku apabila dia disahkan hamil anak kedua secara normal. Hal ini kerana dia sebelum ini bergelar ‘ibu TTC’ apabila pernah membuat rawatan IVF dan menjelaskan bahawa frozen embrio mereka masih berbaki tiga lagi.

Baca juga: 4 Tahun Menanti Zuriat, 2 Kali Keguguran, Ibu Bersalin Kembar 4 Melalui IVF

EMBRIO BERBAKI 3, TIBA-TIBA HAMIL SECARA NORMAL

[ Kun fa ya kun , kalau DIA kata “jadi” , maka jadilah SESUATU itu ]

Ya Allah macam tak percaya . Dah berapa lama si apis ajak pegi hospital untuk IVF kali ke 2 sebab alang-alang masih ada 3 balance frozen embryo. Tapi hati ni rasa macam belum bersedia . Macam macam pikir…macam macam buat alasan.

Sepanjang 7 tahun perkahwinan, ni lah pengalaman pertama buat test secara tak sengaja semalam dapat 2 line .Tak pernah terpikir BOLEH PREGNANT SECARA NORMAL. So aku ni wanita NORMAL macam orang lain jugak lah kan ? 

Dulu masa TTC ada jugak buat note period date sebab nak tahu tarikh subur  tapi dah lama sangat dahh tak buat. Sebab dah fedup. Bilaa tahu tak pregnant auto diri akan jadi stress. So dah malas nak pikir sangat. Now tak tahu pon bila last period sebab betul-betul tak plan. Datang pon takpe tak datang pon tak kesah. Eh know know pregnant. Alhamdulillah.

Betul la kan org cakap. Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Kalau kita terkejut tanpa kita bersedia pun, memang itu lah waktu yang terbaik. Kalau lambat and buat kita ternanti-nanti pon , memang itulah jugak waktu yang terrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu.

Apa-apa pon nak mintak korang doakan semoga Allah pelihara kandungan ni sampai ke hari bersalin yaa. InsyaAllah doa yang baik2 berbalik pada diri korang balik 🙂 tq semuaa 🙏🏻 Nanti kita sembang tips kat ig story eh 🙂

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yaana.lee (@yaana.lee)

“BELI BUAH DELIMA, KOT-KOT MENGANDUNG”

Bukan itu sahaja, dia juga pernah mengatakan tidak bersedia apabila suami mengajak melakukan rawatan IVF buat kali kedua. Secara kebetulan ketika berada di pasaraya, dia tergerak hati untuk membeli buah delima dengan niat akan hamil suatu hari nanti. Siapa sangka, ini petunjuk untuk dapat rezeki anak kedua dari Allah.

Turut menambah, suaminya memberitahu bahawa frozen embrio mereka akan expired pada tahun hadapan.

Sumber: @Yaana.lee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×