40 Minggu

4 Tahun Menanti Zuriat & 2 Kali Keguguran, Ibu Bersalin Kembar 4 Melalui IVF

82
SHARES

Setelah mendirikan rumah tangga, pasti setiap pasangan tersebut menginginkan zuriat dalam masa terdekat. Namun, perlu kita sedar bahawa tidak semua orang dikurniakan rezeki tersebut. Ada yang hanya menunggu beberapa bulan sahaja untuk disahkan hamil dan ada juga yang perlu menunggu sehinga tempoh bertahun-tahun. Apa yang penting adalah usaha tidak terhenti begitu sahaja kerana orang yang rajin berusaha pasti ada ganjaran dari Allah S.W.T.

Baca juga: ‘Betul-Betul 10cm Baru Teran’-Bersalin 3 Anak Semua Tanpa Jahitan, Ibu Kongsi Tips

4 TAHUN MENANTI AKHIRNYA DIKURNIAKAN KEMBAR 4!

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pakar Obstetrician & Gynaecologist iaitu Dr.Thoka Muhammad di Instagram memaparkan persediaan yang dilakukan oleh beberapa orang petugas kesihatan di dalam bilik pembedahan untuk menyambut kelahiran bayi kembar empat. Menurut Dr.Thoka, wanita berusia 29 tahun ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan selepas itu, dia nekad untuk menjalani rawatan IVF atau in vitro fertilization.

Jelasnya lagi, ibu muda yang mengalami mild premature contraction ini melahirkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki secara pembedahan. Difahamkan, tiga daripada empat bayi itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja memandangkan berat mereka adalah lebih daripada 2kg. Manakala seorang lagi bayi yang memiliki berat 1.3kg terpaksa diasingkan buat sementara waktu untuk rawatan lanjut.

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha)

“ALHAMDULILLAH, SERONOKNYA!”

Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ramai yang turut gembira dengan keajaiban yang berlaku ini dan mengucapkan syukur. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan pasangan ini apabila penantian dan doa mereka selama empat tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya termakbul.

Sumber: Dr. Thoka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×