40 Minggu

17 Kali Keguguran, Wanita Kongsi Kisah Diceraikan Suami Gara-Gara Tak Boleh Bagi Ramai Anak

5
SHARES
gugur kandungan

Mendapat khabar gembira iaitu bakal menimang cahaya mata selepas berkahwin merupakan idaman setiap pasangan. Namun, rezeki dan nikmat dari Allah SWT ini tidak dapat dirasai oleh semua orang dan dikira sebagai ujian alam rumah tangga apabila ada yang alami masalah gugur kandungan lebih dari 10 kali!

Lebih menyedihkan apabila si suami pun tidak mahu menanggung ‘kesakitan’ bersama lantas meninggalkan si isteri dengan begitu sahaja..

Baca juga: Janna Nick Menangis, Terkilan Suami Dituduh Banyak ‘Hormon Perempuan’ Jadi Punca Lambat Dapat Anak

KISAH WANITA GUGUR KANDUNGAN 17 KALI DALAM PERJUANGAN NAK ZURIAT

gugur kandungan

Foto: Gleneagles Hospital

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @kotakkosong9795 berkongsi kisahnya bertemu seorang wanita yang telah menempuhi pelbagai ujian untuk mendapat cahaya mata. Kisahnya bermula apabila pemilik akaun bercerita bahawa dia bertemu dengan wanita berkenaan pada tahun lepas ketika dia singgah di sebuah kedai untuk membeli wafel.

Wanita berkenaan ketika itu juga sedang menunggu pesanannnya disiapkan dan mereka sempat bertegur sapa. Pada awalnya wanita itu bertanya kepadanya sama ada sudah mendirikan rumah tangga atau pun belum. Dari situlah perbualan terbuka luas dan berlanjutan apabila kisah hidup yang dikongsikan sangat menyentuh hati.

Menyingkap kisah hidupnya, wanita tersebut berdepan ujian keguguran berkali-kali sebelum dikurniakan rezeki anak pertama.

“Anak akak seorang saja tetapi nak dapatkan dia, bermacam-macam ujian. Sebelum dapat anak, akak dah 10 kali gugur dan lama sangat akak TTC.

“Bila dapat pertama, suami suka sangat kemudian minta anak kedua sebab anak pertama dah besar. Tapi tak ada rezeki Allah nak bagi,” kata wanita itu.

SUAMI CERAI SEBAB TAK BOLEH BERI RAMAI ANAK

gugur kandungan

Seperti pengalaman ketika menunggu cahaya mata sulung, wanita itu memberitahu dia turut mengalami keguguran sebanyak 7 kali untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Lebih meruntunkan hati apabila usia perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila si suami mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan atas alasan yang sangat tidak berhati perut!

“Kami bercerai sebab bekas suami cakap saya tak boleh bagi dia anak yang ramai,” dedah wanita tersebut.

Menurut @kotakkosong9795, kisah yang dikongsikan oleh wanita berkenaan masih diingatinya dengan baik sehingga ke saat ini. Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen tidak menyangka bahawa wujudnya insan tiada rasa empati seperti bekas suami wanita tersebut.

“Ramai anak syurga yang sedang menunggu dia”- netizen

“Gugur 17 kali..gugur 1 kali pun dah perit..sakit macam nak bersalin! Kuatnya akak ini demi zuriat, semoga dipermudahkan urusan akak..”-netizen

Dalam pada itu, ada juga yang turut berkongsi kisah apabila mengalami nasib yang sama seperti wanita berkenaan. Jadi, didoakan semoga wanita ini terus cekal dan kuat menghadapi dugaan ini ya…

Baca juga: Wanita Berwajah Cantik Cenderung Dapat Anak Perempuan & Beranak Ramai- Kajian Pakar

Sumber: Tiktok @kotakkosong9795

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×