Rakyat

Cara Nak Order Seafood Di Restoran Supaya Tak Kena ‘Cekik Darah’

50
SHARES

Masih lagi hangat diperkatakan di setiap laman media mengenai isu harga ikan siakap yang tinggi di Langkawi. Bukan itu sahaja, tampil lagi beberapa individu yang mengalami situasi yang sama dan juga tuan restoran juga telah tampil memberikan penjelasan. Walaupun ramai masih tertanya-tanya dengan kes ini, penting untuk anda tahu bahawa ada cara yang betul sebenarnya untuk order seafood di restoran supaya anda tak kena harga ‘cekik darah’ dan lebih bersedia. Jom baca perkongsian dari Tai Zee Kin.

Baca juga: Kena ‘Hentam’ Bayar Ikan Siakap RM1,196 Seekor Di Langkawi

CARA NAK ORDER SEAFOOD DI RESTORAN SUPAYA TAK KENA ‘HENTAM’

Ini cara orang cina pesan seafood di restoran.

1. Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Dia tidak kenakan caj tiket masuk. Itu tempat kalian pilih seafood segar.

1.5 Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa jalan-jalan tepi akuarium sambil ajar anak-anak nama ikan dan jenis ketam.

2. Sudut kanan (atau kiri) akuarium ada tanda tertera dengan jelas nama seafood (di situlah ayahanda saya mengajar nama dan jenis ikan) dan harga setiap 100g, 1kg, atau sukatan yang sesuai.

3. Tepi akuarium ada penimbang. Kalian boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan, atau minta dia membuat anggaran berat.

4. Kalau tiada akuarium pun, orang cina akan terus order seafood ikut berat (kalau bukan harga tetap). Contoh, kalau kami pesan siakap, terus bagitau nak 1.5kg. Tauke akan tengok ada tak 1.5kg. Kalau tiada, tauke akan bagi anggaran julat berat.

5. Peminat seafood dah ada harga seafood darab keberatan dalam kunci kira-kira minda.

BUDAYA ‘MAKAN DULU KIRA KEMUDIAN’ BAHAYA

Orang cina tidak suka style makan dulu kira nanti. Bila budaya makanan restoran mamak mula berbuat demikian, banyak di kalangan orang cina kurang selesa. Zaman 2000-han, kedai mamak biasa minta pelanggan makan dulu, baru dia datang kira.

Kalau ikut budaya orang cina, selalu kena buat ‘bajeting’ sebelum ‘perbelanjaan’. Makan kedai pun sama. Kalau makan besar, siap hitung dulu, buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul, kira berapa kepala, baru layan buat pesanan dan tempahan.

Tabiat ini memang sudah terpahat dalam DNA kami. Budaya ‘makan dulu, kira kemudian’ sangat bahaya, kerana ketidakselesaan ‘caj terlampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, ianya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (dengan izin, ‘mismatch of expectation’).

Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum pesan? Kenapa tidak sebut sahaja ‘Siakap tu, bagi 1.5kg cukup’? Saya bila buat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum turunkan pesanan. Tiada masalah.

Ingat tatacara ini kalian, ‘Kira dulu, pesan kemudian’. Tak payah segan-segan. Segan dahulu, menyesal kemudian. Dalam hal ini, pelanggan tiada salah, restoran pun tiada salah. Restoran siap bagitau harga setiap 100g awal awal. Caj pun ikut harga per 100g. Pelanggan bagi kebebasan kepada restoran untuk anggaran berat ikan.

Sumber: Tai Zee Kin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×