Dapur

Resepi Rahsia Ayam Goreng KFC Guna Teknik Rendam Air, Jadi ‘Sebijik’ Macam Di Kedai!

22
SHARES
ayam goreng kfc

Sebut sahaja ayam goreng sudah pasti menjadi kegilaan orang ramai tidak kira usia. Kalau boleh makan ayam goreng hari-hari pun sudah tidak kisah sebab memang sedap! Bukan hanya ayam yang digoreng bersama kunyit sahaja, malah ayam yang digoreng macam salah satu restoran makan segera popular, KFC juga menjadi kegilaan ramai! Tapi, macam mana nak goreng ayam di rumah sama ‘sebijik’ macam dijual di KFC tersebut?

Rupa-rupanya ada teknik rahsia iaitu teknik rendaman air…

Baca juga: Ibu Kongsi 14 Menu Bekal Sekolah Anak, Memang Meriah & Tak Sangka Viral!

RESEPI RAHSIA AYAM GORENG KFC GUNA TEKNIK RENDAM AIR

Bahan-bahan diperlukan dan perapan ayam ade kat bawah. dan cara masak ade dalam gambar kat bawah. selamat mencuba!

Bahan perap :

-Kunyit

-Stok ayam maggi

Bahan salutan ayam :

-Tepung gandum

-Tepung bistari

1.Gaulkan ayam bersama kunyit.

2.Kemudian masukkan pula stok ayam pekat dan gaulkan bersama.

3.Ini merupakan bahan penting, iaitu campiran tepung goreng rangup serbaguna Bestari!

4.Campurkan adunan, 1 cawan tepung gandum setengah cawan tepung bestari untuk elak rasa muak bila makan.

3.Sebatikan dua tepung tersebut dan salutkan ayam yang sudah diperap bersama kunyit itu dengan tepung.

4.Petua untuk bagi ayam tersebut ada ‘kerinting-kerinting’ rangup adalah teknik rendaman air. Sediakan air dalam mangkuk, masukkan ayam bersalut tepung tersebut dalam air selama beberapa saat.

5.Kemudian salut lagi sekali dalam tepung sehingga nampak ketulan ‘kerinting’ sebegitu. Kalau nak lagi banyak ketulan kerinting, boleh rendam lagi sekali dalam air dan lakukan seperti proses awal.

6.Goreng ayam dengan api sederhana sehingga kekuningan.

7.Siap! Crunchy betul!

Sumber: Adie Ryhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×