Dapur

Buat ‘Hantu Petai’, Ini Petua Simpan Petai Dalam Freezer & Dalam Bekas Air

16
SHARES

Petai merupakan makanan yang paling digemari di Malaysia dan masakkan yang mempunyai petai pasti akan menjadi pilihan. Siapa kat sini ‘hantu petai’? Kalau anda adalah salah seorang peminat petai, anda perlu tahu cara simpan petai paling mudah agar ia kekal fresh.

Maklumlah, petai ini ada musimnya, kalau beli di luar musim memang lebih mahal harganya. Jadi tunggu apa lagi, jom ikut cara simpan petai yang dikongsikan oleh @Ummi Kalsum Hassian ini.

Baca juga: 5 Perbuatan Ibu Bapa Yang Anak-Anak Akan Ingat Dan Makin Kuat Bonding

Sekarang petai tengah musim, jadi ini antara tips cara simpan petai agar kekal segar serta boleh tahan lama.

Cara-cara: 

  1. Mula-mula buang kulit.
  2. Rendam dengan air garam dalam 10-15 minit (nak bagi ulat keluar).
  3. Basuh dan tapis air.
  4. Masuk dalam bekas dan bekukan (kering tanpa air). Boleh jika nak pekkan secara kecil-kecil ikut kuantiti yang biasa masak.

Cara ini memang mudah dan tidak perlu tunggu musim petai lagi. Yang penting, daripada freezer tadi boleh terus masak dalam kuah sambal tanpa perlu rendam.

PETUA SIMPAN DALAM BEKAS BERISI AIR

Frozen kan bahan-bahan masak macam ini. Tahan lama dan tak perlu kerap nak pergi ke kedai.

Cara ini petai boleh jadi gemuk dan crunchy. Boleh simpan dengan kulit sekali atau kopek. Cuma cara ini kena rajin sedikit kerana airnya perlu ditukar setiap 2 minggu.

Cara-cara: 

  1. Letak petai dalam satu bekas berisi air.
  2. Simpan dalam peti sejuk.
  3. Air perlu ditukar setiap 2 minggu sekali.

Sumber: Facebook Ummi Kalsum Hassian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×