Anak-anak adalah kurniaan dan anugerah Allah SWT yang amat bermakna dalam sesebuah keluarga. Kelahirannya adalah suatu amanah yang akan dipertanggungjawabkan bagi semua yang bergelar ibu dan bapa.
Mereka perlu dibelai, disayangi dan dihargai dengan sebaik-baiknya. Ibu bapa yang sentiasa berusaha untuk mendidik anak-anak dengan sebaiknya sehingga menjadi anak yang soleh, maka dijanjikan jaminan rezeki. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik agar dapat menjadi teladan buat mereka.
Baca juga: 5 Perkara Perlu Ubah Sebelum Kahwin, Nombor 5 Sila Ambil Perhatian!
5 PERKARA ANAK-ANAK AKAN INGAT
1. Bila dapat pujian
Budak-budak ini dapat pujian macam dapat award. Dia punya bangga, suruh buat apa pun dia ikut sahaja lepas itu. Sungguh!
2. Bila dapat bermain bersama
Setiap kali ibu bapa main bersama dan hiburkan hati anak semua itu akan masuk memori jangka panjang dia. Apa sahaja aktiviti yang ada mixed dengan emosi memang ingat sampai bila-bila.
3. Bila permintaan di tunaikan
Permintaan seorang anak pada ibu ayahnya kerana dia tiada tempat bergantung lain dah. Jadi apabila ibu bapa tunaikan permintaan dia, anak akan rasa sangat bersyukur dan happy.
4. Bila dapat perhatian
Anak panggil toleh. Anak tunjuk kepandaian beri pujian. Ini semua sebenarnya mengisi tangki emosi (self esteem) dia. Makin tinggi nilai dirinya nanti.
5. Bila dimaafkan kesilapannya
Anak ini kadang-kadang tak sedar pun dia buat salah. Maklum lah budak baru belajar. Jadi apabila dia buat salah ibu bapa maafkan dia dengan nasihat dan teguran yang sopan. Pasti anak hargainya.
Tak susah pun nak buat, tapi ini lah yang paling susah nak konsisten buat setiap hari lebih-lebih lagi ketika di uji dengan masalah dan kepenatan.
Hakikatnya, ibu bapa bukan malaikat. Tapi hanya manusia yang banyak kelemahan tapi sentiasa mahu berikan yang terbaik demi keluarga tersayang.
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim