Dapur

Kalut Pun Masih Boleh Masak Dengan 10 Resipi Ayam Guna Air Fryer Ini, Tup Tup Siap!

58
SHARES
resepi ayam air fryer

“Nak makan apa dinner ni, ayam dalam peti sejuk ada lagi. Nak cari resepi ayam air fryer lah, cepat sikit siap!”

Masakan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam apa jua jenis menu sememangnya paling mudah. Tambah pula dengan teknologi yang pelbagai, sekarang anda dah tak perlu susah-susah masak menggunakan periuk belanga dan minyak kerana dah boleh guna air fryer.

Memang pantas dan berkhasiat kerana tanpa minyak, ada banyak resepi yang anda boleh cuba dengan menggunakan air fryer ini. Dalam keadaan balik kerja yang kalut-kalut pun dah boleh masak untuk seisi keluarga!

10 RESEPI AYAM AIR FRYER, SEKEJAP DAH SIAP!

1. Resepi ayam pandan 

resepi ayam air fryer

Bahan-bahan

500gm dada ayam (potong ketul) – boleh dapat dalam 25 ketul
2 bungkus perencah bihun goreng adabi
2 sudu besar minyak
Daun pandan
Toothpick/satay stick

Cara-cara

1. Perap ayam dengan perencah bihun goreng adabi dengan minyak.
2. Potong daun pandan dan gulung ayam dengan daun pandan tadi. Cucuk dengan toothpick.
3. Susun dalam air fryer dan masak menggunakan air fryer selama 20 minit pada suhu 180°C.
4. Selepas 10 minit, balikkan ayam supaya masak sekata. Sambung masak lagi selama 10 minit. Siap untuk dihidang.

2.Resepi ayam panggang bersama sayur

resepi ayam air fryer

Bahan-bahan

Sos tiram
Sos cili
Sos chicken stock
Sos blackpepper
Blackpepper kasar
Gula perang
Secubit garam
Satu sudu besar minyak

Cara-cara

1. Satukan semua bahan dan perap bersama ayam.
2. Bakar pada suhu 200°C selama 25 minit.
3. Lagi 10 minit nak masak, masukkan semua sayur dan sambung masak.
4. Selamat mencuba!

3.Resepi ayam madu merah BBQ

resepi ayam air fryer

Bahan-bahan

400g ayam tanpa tulang
1 sudu besar Madu
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Kicap pekat
1 sudu besar Sos Kicap
2 sudu besar Gula
1/2 sudu kecil bawang putih
1 sudu kecil halia
1 sudu kecil lada putih.
1/2 sudu kecil Serbuk Lima Rempah Cina
3 sudu besar sos merah
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan dan perap bersama ayam.
2. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 15minit. Pastikan ayam jangan bertindan atau berlipat supaya ayam masak dengan rata.
3. Pada 5 minit terakhir, balikkan ayam dan sambung masak.
4. Masak lebihan sos perapan bersama sedikit air, kacau sampai pekat dan tutup api.
5. Sapu sos pada permukaan ayam. Biarkan sejuk seketika dan siap untuk dihidang.

4.Resepi ayam masak kicap butter

resepi ayam air fryer

Bahan-bahan

4 ketul ayam
Bawang merah – potong 4
Bawang holland – potong kasar
4 ulas bawang putih – ketuk
Halia – hiris kasar
Cili padi – ikut tahap kepedasan
Cili merah besar – hiris kasar
Kicap pedas Mahrusi 2tbs
Kicap soya cair 1tbs
15-20g unsalted butter
Carrot
Air

Cara-cara

1. Gaul semua bahan. Masuk dalam air fryer.
2. Bakar pada suhu 200°C selama 20 hingga 25 minit. Selepas 10 minit, kalau ayam dah garing, terbalikkan ayam supaya kedua-dua belah masak sekata. (suhu dan masa mengikut jenis air fryer masing-masing).
3. Selamat mencuba!

5.Resepi ayam grill juicy

resepi ayam air fryer

Bahan-bahan

Ayam / daging (ikut citarasa)
Sos lada hitam kimball (Dalam pack senang dan jimat)
Serbuk rosemary herbs
Serbuk tyhme herbs
Serbuk lada hitam
Garam
Gula (kena lebih)
Campur air panas / air suam sedikit

Cara-cara

1. Ambil sos lada hitam letak dalam pekat. Kalau pekat tambah air panas. Kemudian kacau sebati.
2. Masukkan perasa iaitu garam, serbuk thyme herbs, rosemary, serbuk lada hitam dan juga gula (gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/daging tu).
3. Kemudian kacau sampai dah sebati semua, baru masukan ayam / daging. Perap semalam kalau nak sedap.
4. Bakar dalam oven atau air fryer. Suhu guna air fryer, 200°C selama 17 minit. Bila dah siap, boleh makan dengan apa-apa sahaja. Selamat mencuba!

6.Resepi ayam ala pizza hut

resepi ayam guna air fryer

Bahan-bahan

Sayap 10 ketul potong 2
Serbuk cili 3 sudu
Madu 3 sudu
Sos tiram 3 sudu
Kicap manis 3 sudu
Gula 2 sudu
Limau kasturi kecil 1 biji
Garam & aji (secukup rasa)
Serbuk cili (kalau suka pedas)
Gula sedikit (kalau suka manis)

Cara-cara

1. Satukan semua bahan dan perap beberapa jam.
2. Boleh bakar terus kalau tak nak tunggu lama.
3. Bakar dalam air fryer pada suhu 170-180°C selama 10-15 minit. Kemudian balikkan, bakar pada suhu dan masa yang sama.

7.Resepi ayam madu

resepi ayam guna air fryer

Bahan-bahan

Bawang putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
Serbuk cili
Sos tiram
Kicap manis
Madu
Gula perang
Black Pepper/White Pepper (Ajisho)

Cara-cara

1. Gaul sebati semua bahan dan perap sekejap. Renjis sedikit minyak.
2. Bakar dalam air dengan suhu 180°C selama 20 minit. Terbalikkan pada minit ke 10. Selamat mencuba!

8.Resepi ayam tiram thai Khairul Aming

resepi ayam guna air fryer

Bahan-bahan perapan

3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Garam/secukup rasa
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Perap semua bahan seketika. Bakar dalam air fryer pada suhu 180-200°C selama 20 minit.

Bahan sos

5 ulas bawabg putih
4 biji cili padi merah
3 batang akar ketumbar
1 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap cair
2 sudu besar gula
1 biji perahan limau nipis/lemon
Daun ketumbar dipotong halus

Cara-cara

1. Tumbuk lumat bawang putih, cili padu merah dan akar ketumbar.
2. Gaul sebati bersama bahan-bahan lain. Curah atas ayam yang sudah dimasak. Selamat mencuba!

9.Resepi ayam mayonis

Bahan-bahan
Ayam
Kicap manis
Sos cili
Sos tiram
Mayonis (botol warna merah)
Kewpie Dressing roasted sesame

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dan gaul bersama dengan ayam. Sukatan agak-agak mengikut kuantiti ayam.
2. Gaul sebati dan perap sekejap.
3. Bakar dalam air fryer pada suhu 200°C selama 30 minit. Siap!

10.Resipi ayam bakar ala Kenny Rogers

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 sudu kecil lada hitam (taknak letak pun takpe)*
Sedikit halia (kira hujung jari je)*
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap manis
2 sudu madu ( nak letak extra pun boleh)
Sedikit garam
1 sudu minyak masak

Cara-cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda (*). Campurkan bersama bahan lain dan gaul pada ayam. Perap selama 2 jam.
2. Kemudian bakar dalam air fryer pada suhu 180°C selama 20 minit. Lapik aluminium foil untuk dapakat kuahnya.
4. 10 minit terakhir, terbalikkan ayam dan turunkan suhu kepada 160°C. Siram kuah atas ayam.

Selamat mencuba!

Sumber: Resepi Sahur Untuk 30 Hari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×