Sihat

Rupanya Makan Kulit Ayam Beri Kesan Tenang Pada Otak & Bantu Anak Tidur, Jangan Buang!

32
SHARES
kebaikan kulit ayam

Setiap kali makan hidangan berasaskan ayam pasti kita akan terfikir dua kali sama ada nak makan kulit ayam ataupun tidak kan? Maklumlah, banyak pendapat yang mengatakan bahawa makan kulit ayam akan meningkatkan faktor kolestrol dan penyakit lain. Rupa-rupanya tidak ya kerana kulit ayam sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan!

Jadi, buat ‘hantu’ kulit ayam semua berikut merupakan kebaikan yang anda boleh dapat dari makan kulit ayam. Sedap pun sedap kan?

Baca juga: Nak Cantik Sanggup Sakit, Ini Bahaya Pemakaian Korset Ketat!

RUPANYA MAKAN KULIT AYAM BAGUS, ADA KHASIAT GLYCINE

Menerusi penjelasan dari pakar kesihatan Universiti Harvard iaitu Dr. Walter Willett dan pakar kulinari dari Institut Kulinari Amerika, Amy Myrdal Miller menjelaskan bahawa memakan kulit ayam adalah bagus dan baik untuk kesihatan.

Dulu saya tarik habis buang kulit ayam sebab ingat tak elok untuk anak-anak makan. Rupanya kulit ayam ada glycine, khasiatnya yang tersendiri buat anak-anak.

KESAN TENANG PADA OTAK, BANTU TIDUR ANAK

Glycine ni ada dalam kolegen yang ada pada kulit ayam. Untuk kuatkan otot, kulit, tulang dan sendi anak-anak. Glycine juga boleh bantu tidur anak tau. Glycine bagi kesan yang tenang pada otak, dan juga turunkan sedikit suhu badan, seterusnya buat anak akan rasa mudah nak tidur.

Antara kebaikan makan kulit ayam yang lain adalah :

-bagus untuk kesihatan jantung

-kaya dengan lemak baik

-mengandungi Omega 3 dan asid oleic

-mampu buatkan anda tak terlebih makan

-mempunyai jumlah kalori yang tiada banyak beza dengan ayam tanpa kulit.

Lepas ni, makan ayam kat rumah tak payah buang kulit ok. Cari ayam tanpa hormon dan antibiotik tau, kalau nak bagi anak makan ayam dengan kulitnya sekali. Kita buat sama-sama ok.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×