Sihat

Nak Cantik Sanggup Sakit, Ini Bahaya Pemakaian Korset Ketat!

123
SHARES

“Haa, lentok elok badan aku ni pakai korset..”

Memang cantik bila lihat tubuh badan kita berbentuk seperti model dan nampak lekuk pinggang bukan? Namun, tahukah anda bahawa pemakaian korset ketat dalam tempoh yang panjang adalah bahaya dan menjejaskan kesihatan organ dalam kita. Mungkin kata orang ‘beauty is pain’ yang menyebabkan ramai tidak ambil kisah dengan hal ini dan hanya memandang dari sudut kecantikan sahaja.

Baca juga: Cara Buat Temujanji HIV Test Di Klinik Kerajaan Secara Online Guna MySejahtera, Laju!

PEMAKAIAN KORSET, LEBIH KETAT LEBIH BAHAYA

“Tengok, makcik sekarang dah ada pinggang”

Semalam terlihat fyp promosi pemakaian bengkung. Tak cukup 1 lapisan, ada 1 lagi lapisan bengkung untuk lebih ketat.
Ramai yang sangka dengan pemakaian bengkung/ korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan akibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang)

Pemakaian korset juga akibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru paru berkurangan sebanyak 30-60%! Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang didalam paru paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik.

Sistem penghadaman akan terhimpit menyebkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?

Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja (no problem setakat nak pakai kebaya) Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penginayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.

ADA BEZA KE BENGKUNG DAN KORSET?

Ianya dua benda yang sama berkongsi konsep. Korset adalah hasil idea daripada Barat. Pemakaian korset lebih agresif kerana ia mempunyai besi di bahagian tepi abdomen dan meliputi sehingga dada, serta tidak mengikut bentuk badan secara semula jadi.

Manakala bengkung lebih kepada tradisional Melayu yang menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk bertungku dan sebagainya, diperbuat daripada kain semata-mata dan mengikut bentuk badan si pemakai.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×