Rakyat

Cara Buat Temujanji HIV Test Di Klinik Kerajaan Secara Online Guna MySejahtera, Laju!

193
SHARES
hiv test kawin

Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, anda perlu menyelesaikan beberapa tugas yang penting dahulu bagi membolehkan anda ke peringkat seterusnya. Beberapa jenis borang dan saringan kesihatan termasuk ujian saringan HIV juga perlu dilengkapkan. Namun, tidak ramai dalam kalangan kita yang tahu bahawa anda boleh buat temujanji HIV test di klinik kerajaan secara online sahaja menggunakan MySejahtera. Lebih laju dan menjimatkan masa!

Baca juga: Cara Semak Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Sebelum Kahwin

BORANG PERMOHONAN UJIAN SARINGAN HIV PRA PERKAHWINAN

Macam mana nak buat HIV test dekat Klinik Kerajaan? Tanya member diorang boleh cakap, takpe kau pergi je KK nanti cakap nak buat HIV test kahwin. Not. Adalah dimaklumkan bahawa nak buat HIV test ada masa dan perlu buat online booking ya. This is what I learnt.

Borang ujian HIV.

Ni borang untuk buat HIV test. Bring this form for you HIV test ye kawan-kawan. Wajib bagi yang ada No. rujukan. Booking tu untuk SEORANG bukan SATU PASANGAN. Maksudnya kalau nak pergi berdua, buat dua booking. Ada faham?

3 salinan borang tu:

1. Satu untuk rekod klinik
2. Dua untuk submission ke PAID

Dah sampai kat Klinik Kesihatan, benda pertama kena tunjuk appointment dan ambik number. Mestilah terfikir, ambik number terus saringan kan? Tak jugak ye.

Ambik number tu untuk proses pendaftaran dan bayaran. Ready IC dan borang nanti kaunter nak check. Bila dah daftar dah bayar barulah pergi ke bahagian saringan. Bayaran saringan HIV adalah sebanyak RM1 sahaja!

Nanti PPK akan buat saringan HIV. Sebelum dia buat saringan tu, dia akam counsel tamya sexual history, our risk di skala berapa, apa kita faham pasal HIV, macam mana dia berjangkit etc.

Test kit dia pakai tu rapid test macam kita test covid. Cucuk jari, a few drops. Done. Dah habis buat test, tunggu lagi kat luar untuk processing of forms. Takdelah lama sangat pun the whole process dari sampai klinik untuk register -> dapatkan forms.

We got in at 7.30 am, and got out at 8.30 am. Settled.

RUPANYA DAH BOLEH BOOK APPOINTMENT KLINIK MELALUI MYSEJAHTERA

Since sekarang kena booking appointment pakai MySejahtera, let me break it down for you.

1. Buka my sejahtera dan akan nampak page first, tekan dekat appointment.

2. Pilih buat appointment untuk siapa, in this case pilih untuk diri sendiri.

3. Scroll bawah sekali akan jumpa Pre Marital Screening/ Saringan HIV pra perkahwinan. Tekan situ.

4. Ada ruang kosong, boleh search ikut kawasan or kalau ada specific KK letak je nama.

5. Akan keluar nama KK, klik dekat nama.

Ikut klinik kesihatan kawasan anda.

6. Pilih hari dan masa. Done.

*Jangan lupa ya bakal pengantin semua!

Sumber: Twitter @xatyrosdi, Says

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×