Euforia Bola 2026
Rakyat

Nak Jumpa Doktor Psikiatri Tapi Tak Tahu Macam Mana? Ini Cara Mudah Tempah ‘Appointment’ Di MySejahtera

doktor psikiatri

Ramai sebenarnya mahu mendapatkan bantuan doktor psikiatri untuk masalah kemurungan atau depression, tetapi ramai juga yang memilih untuk diam kerana malu, segan atau tidak tahu hendak bermula dari mana.

Hakikatnya, sekarang proses untuk mendapatkan bantuan kesihatan mental lebih mudah berbanding dahulu kerana orang ramai boleh melakukan saringan awal terus melalui aplikasi MySejahtera.

Baca juga: Pasport Baharu Tangguh, Ini 10 Perkara Lain Mulai 1 Jun 2026 Akan Berubah Yang Rakyat Wajib Tahu

CARA BUAT SARINGAN & TEMPAH JANJI TEMU DOKTOR PSIKIATRI DI MySEJAHTERA

doktor psikiatri

Menerusi satu perkongsian di Facebook oleh e-Central, ramai mungkin tidak tahu bahawa aplikasi MySejahtera mempunyai Modul MyMinda yang boleh digunakan untuk membuat saringan kesihatan mental selain menempah janji temu di klinik kesihatan.

Malah, bagi mereka yang mahu meluahkan masalah atau memerlukan seseorang untuk mendengar, talian bantuan HEAL 15555 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga boleh dihubungi.

“Kalau rasa nak kongsi masalah melalui telefon, boleh saja hubungi talian HEAL 15555 dari KKM. Setidak-tidaknya bila meluah itu rasa lega sedikit,” menurut perkongsian tersebut.

Baca juga: Nampak Sama Tapi Berbeza, Rupanya 8 Warna Baju Banduan Ini Ada ‘Kod Rahsia’ Dalam Penjara!

Apa sebenarnya Modul MyMinda dalam MySejahtera?

Menurut perkongsian itu, Modul MyMinda diwujudkan bagi membantu orang ramai membuat pengesanan awal terhadap tahap kesihatan mental masing-masing secara lebih mudah dan tersusun.

Antara fungsi yang ditawarkan termasuklah:

  1. Saringan yang diperakui: Soalan saringan yang digunakan adalah diperakui oleh KKM bagi membantu pengesanan awal isu kesihatan mental.
  2. Panduan penjagaan kendiri: Turut disediakan tip pengurusan emosi yang boleh membantu pengguna memahami keadaan diri sendiri.
  3. Tempahan janji temu di klinik kesihatan: Pengguna boleh terus membuat tempahan janji temu MyMinda di klinik kesihatan sekiranya memerlukan bantuan lanjut.
  4. Talian bantuan profesional: Akses pantas turut disediakan kepada perkhidmatan seperti Talian HEAL 15555 untuk sokongan awal.

doktor psikiatri

Baca juga: KPM Umum 12 Inisiatif Sempena Hari Guru, Paling Menarik Anak Cikgu 10A SPM Boleh Dapat RM1K!

Lepas buat saringan, terus tempah jika perlukan bantuan

Menurut perkongsian sama, individu yang mendapat keputusan saringan ke arah lebih serius atau membimbangkan digalakkan untuk terus menempah janji temu bagi mendapatkan penilaian profesional.

Ini kerana pengesanan awal boleh membantu seseorang mendapatkan rawatan atau sokongan lebih cepat sebelum keadaan menjadi lebih sukar dikawal.

Apa yang penting, masalah kesihatan mental bukan sesuatu yang perlu dipendam bersendirian. Jika rasa emosi mula terganggu, hilang semangat berpanjangan atau sukar mengurus kehidupan harian, mendapatkan bantuan profesional bukan satu kelemahan.

Kadang-kadang langkah pertama hanya bermula dengan satu saringan ringkas.

doktor psikiatri melalui MySejahteraSumber: Facebook e-Central

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×