Kini Trending

Ini Panduan Temujanji HIV Di MySejahtera Buat Bakal Pengantin

1K
SHARES

Setelah negeri-negeri di Malaysia beralih ke fasa 4, banyak urusan seharian telah dipermudahkan oleh kerajaan dengan syarat masih perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Termasuk urusan perkahwinan. Buat mereka yang ingin melangkah ke dunia perkahwinan pelbagai pre proses perlu dijalani terlebih dahulu. Antaranya, ialah membuat temujanji ujian saringan HIV.

Baca juga: ‘Dayuskah Seorang Suami?’- Ustazah Asma’ Tegur Trend Unboxing Isteri

INI PANDUAN TEMUJANJI HIV DI MYSEJAHTERA BUAT BAKAL PENGANTIN

Panduan temujanji ujian saringan HIV di MySejahtera ini, telah dikongsikan oleh Haura Tasnim melalui pengalaman beliau sendiri. Jadi mari kita ikuti penerangan beliau.

1. LANGKAH PERTAMA

– Buka aplikasi MySejahtera dan tekan imej ‘rumah’ seperti gambar bawah yang telah dibulatkan merah.

– Kemudian tekan imej ‘digital health’ seperti gambar atas yang dibulatkan merah itu.

2. LANGKAH KEDUA

– Seterusnya, tekan imej kedua iaitu ‘Clinic Appointmen Booking’.

3. LANGKAH KETIGA

– Bahagian ini mempunyai 2 pilihan iaitu ‘QueueMed’ dan ‘EncoreMed’. Anda boleh pilih satu antara dua tersebut.

– Saya buat temujanji di Encoremed jadi langkah seterusnya berpandukan di pilihan ini tau.

4. LANGKAH KEEMPAT

– Selepas tekan ‘Encoremed’ tadi akan terus masuk ke laman web safari atau google. Jadi, pilihlah klinik yang terdekat dengan kawasan rumah anda.

– Jika contoh la kan dalam encoremed ni tiada klinik pilihan anda, cuba cari dekat queuemed pula.

5. LANGKAH KELIMA

– Kemudian tekan ‘make an appointment’ untuk premarital HIV screening.

6. LANGKAH KEENAM

– Di sini, anda boleh pilih tarikh dan masa yang anda mahu. Pastikan lihat warna ‘hijau/merah/biru’ terlebih dahulu untuk memilih tarikh.

7. LANGKAH KETUJUH

– Selepas dah buat temujanji, anda akan dapat email seperti gambar di atas.

8. LANGKAH TERAKHIR

– Langkah terakhir, sehari sebelum temujanji anda akan menerima mesej peringatan untuk temujanji keesokkannya.

Itu sahaja perkongsian daripada Haura Tasnim. Semoga dipermudahkan urusan semua!

Sumber: Facebook Haura Tasnim via Tips Persiapan Kahwin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×