Asuh

“Itu Tak Boleh, Ini Tak Boleh…”- Pakar Psikiatri Ajar Cara Betul Tegur Anak Bila Buat Salah

68
SHARES

Anak-anak kecil ini ibarat kain putih, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Dalam membentuk anak menjadi insan berdisiplin, ilmu keibubapaan yang betul perlulah sentiasa dicari, digali dan dipraktikkan.

Begitu juga dalam mendidik atau menegur anak ketika mereka membuat kesalahan. Adalah salah jika hanya katakan ‘JANGAN!’ tanpa penjelasan yang sepatutnya. Tapi kenapa? Mari baca penjelasan Doktor Rozanizam Zakaria seorang Pakar Psikiatri.

Baca juga: Gejala MIS-C Selepas Dijangkiti Covid-19 Boleh Membawa Maut, Segera Dapatkan Rawatan!

“ITU TAK BOLEH, INI TAK BOLEH…”- PAKAR PSIKIATRI AJAR CARA BETUL TEGUR ANAK BILA BUAT SALAH

Psychalive

Itu tak boleh, ini tak boleh? Dah tu takkan nak tegur anak pun tak boleh?

Boleh, tak ada siapa kata hanya boleh belai, peluk, cium anak sahaja. Disiplin tetap sebahagian dari kaedah mendidik anak.

Tapi prinsipnya mesti mendidik, bukan membidik (menghukum). Bak kata orang kampung saya – connect before correct.

Hari ini nak ajar satu tips mendisiplin sambil mendidik yang saya kongsi dalam buku #psikologisikecil.

“Now do it again, this time do it right!” Menegur anak buat silap, memang tugas rasmi ibu bapa.

Jangan! Kenapa ni?! Apsal buat macam tu?? No! Tak tahu berapa ratus kali kita ungkap.

Cuma ibu bapa jangan lupa. Kita bukan pengawas, tetapi pendidik. Kita bukan polis bagi ibubapa, tetapi murabbi, pembimbing, model dan qudwah.

PASTIKAN TEGUR ANAK DENGAN PENJELASAN…

Gambar hiasan – QDT

Jadi lepas ni, setiap kali tegur anak, jangan berhenti pada No. Tapi cuba sambung dengan

1. BERITAHU APA YANG SALAH

2. TUNJUK CARA YANG BETUL

3. BERI PELUANG DIA ULANG SEKALI LAGI DENGAN CARA YANG BETUL

4. PUJI USAHA DIA MEMPERBAIKI

Contoh anak letak barang secara kasar bila kita minta.

“Abang, tak sopan hentak barang macam tu bila ummi minta (inform), kecil hati ummi, tak manis bila orang lain tengok (describe emotion involved). Cuba ambil semula (re-do), kali ini abang letak baik-baik” (improve).”

“Macam tulah baru soleh, kita letak dengan hormat” (approve and reinforce).”

Jadi anak bukan hanya tahu dia salah, tapi belajar buang ego dan belajar memperbaiki. Inilah nilai yang sangat besar yang diperlu bila dewasa.

TIPS 5R DALAM MEMBENTUK ANAK

Ingat tips 5 R saya dulu (revise posting lama)

  • Reflection
  • Relaxation
  • Regulation of emotion
  • Relationship building
  • Respect

Semua ni akan anak belajar bila kita guna kaedah ini.

Sumber: Facebook Dr. Rozanizam Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×