Asuh

Gejala MIS-C Selepas Dijangkiti Covid-19 Boleh Membawa Maut, Segera Dapatkan Rawatan!

139
SHARES

Jangan pandang ringan jika anak anda yang dijangkiti Covid-19 beransur pulih dan selepas 4 minggu seterusnya terdapat gejala demam panas lebih 4 hari berturut, naik ruam badan dan pelbagai lagi. Kemungkinan, ianya adalah MIS-C.

Menurut Doktor Erna Nadia, jika lambat mendapatkan rawatan boleh menjejaskan nyawa anak. Apakah gejala lain dan kenapa MIS-C ni boleh berlaku? Mari baca penerangan beliau di bawah.

Baca juga: “Diam, Jangan Mengada-Ngada Boleh?”-Jangan Paksa Anak Berhenti Menangis Dengan Segera, Bahaya!

GEJALA MIS-C SELEPAS DIJANGKITI COVID-19 BOLEH MEMBAWA MAUT, SEGERA DAPATKAN RAWATAN!

Gambar hiasan – Consult QD

Apakah MIS-C di kalangan kanak kanak yang terkena Covid-19? MIS-C adalah singkatan Multisystem Inflammatory Syndrome due to Covid-19 infection.

Ianya berlaku di kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 5-11 tahun. First sekali kes ini ditemui di US pada April 2020.

Ia jarang berlaku tapi jika terjadi, ianya boleh membawa maut. Sebab itulah perlu berhati hati dan harus pantau keadaan anak-anak selepas mereka sembuh dari Covid19. Sebab keadaan ini berlaku selepas 4-6 minggu setelah terkena Covid19.

Keadaan ini adalah lebih kurang sama seperti toxic shock syndrome dan juga penyakit yang disebut sebagai Kawasaki disease, di mana kedua duanya disebabkan oleh keradangan yang berlaku di seluruh tubuh badan.

Simptom awal adalah demam, ruam, mata merah, cirit dan muntah yang semakin teruk. Keradangan ini bahaya kerana ianya melibatkan organ penting iaitu jantung, salur darah, paru-paru dan otak.

KESAN JIKA ANAK ADA GEJALA INI SELEPAS 4 MINGGU SEMBUH COVID-19

Gambar hiasan – MichiganHealthBlog

Jika anak anda baru sembuh dari Covid19 dan dalam tempoh masa 4 minggu selepas itu dia tiba-tiba ada simptom:

1. Demam panas ( melebihi 39) selama lebih 4 hari berturut turut walau dah bagi ubat demam kerap.

2. Nampak atau jadi lemah.

3. Sakit kepala.

4. Mata menjadi merah atau sakit mata.

5. Naik ruam di badan.

6. Sakit perut, muntah, cirit.

7. Asyik nak tidur atau mengadu keletihan.

8. Bibir menjadi merah dan merekah.

9. Sukar bernafas.

SEGERALAH BAWA ANAK BERJUMPA DOKTOR!

Gambar hiasan – LuisAlvarez/GettyImages

Jika ada ini berlaku, teruslah bawa anak anda berjumpa doktor.

MIS-C boleh dirawat InshaAllah jika anda cepat bertindak. Jangan lengahkan masa dengan bertanya di media sosial atau cuba-cuba rawat sendiri di rumah. Nyawa tak datang dua kali.

KENAPA IANYA BERLAKU?

Gambar hiasan – CIDRAP

Ianya masih lagi di dalam kajian. Even penyebab kenapa ada kanak-kanak yang cepat sembuh akibat Covid19 juga masih dalam kajian.

Jadi, janganlah kata takpelah bagi anak kena Covid19, nanti dia ada natural antibodi sendiri, kuatlah badan dia. Kalau kena MIS-C sekali macam mana kan? Nauzubillahiminzaalik.

Di Malaysia, sejak dari 2020 sampai Februari 2021, ada dalam 170+ kes MIS-C dan melibatkan kematian 7 kematian. Majoriti perlukan rawatan ICU. Kesian tau budak-budak kalau kena masuk ICU.

Semoga kita semua dijauhkan dari wabak merbahaya. Keep on pakai face mask dan elakkan tempat sesak terutama anak-anak kecil.

Sumber: Facebook Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×