Asuh

“Diam, Jangan Mengada-Ngada Boleh?”-Jangan Paksa Anak Berhenti Menangis Dengan Segera, Bahaya!

56
SHARES

“Adik diam boleh jangan bising! Tutup mulut tu jangan nangis!”

Alamak! Garangnya mak ayah bila buat macam ni dekat anak, automatik anak timbul rasa takut. Terbantut dan terhenti berkembang pula emosi otak anak tu.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh Mohd Fhais Salim, anak yang menangis bukan kerana mengada-ngada tetapi tanda emosinya sedang sakit. Jadi, apakah tindakan sepatutnya diambil oleh ibu bapa untuk menenangkan anak dalam situasi ini? Mari ikuti penjelasan beliau di bawah.

Baca juga: Doktor Kongsi 5 Tanda Rupa-Rupanya Anak Kita Telah Didera Oleh Pengasuh

“DIAM, JANGAN MENGADA-NGADA BOLEH?”-JANGAN PAKSA ANAK BERHENTI MENANGIS DENGAN SEGERA, BAHAYA!

“Diam, jangan mengada-ngada boleh?” Depan mata saya kejadian ni berlaku. Kasihan.. Seorang anak menangis kerana takut di paksa pegang arnab, lepas tu kena marah dan di arah berhenti segera.

Semua parent kena dengar ni betul-betul. Bahaya suruh anak berhenti menangis gitu!

Otak emosi dia boleh terbantut & berhenti berkembang. Ish, bahaya bahaya bahaya.. Anak menangis bukan sebab mengada-ngada, tapi itu tanda emosi dia sedang sakit.

Emosi sedang sakit, dia perlukan penawar bukan sindiran begitu.

OTAK MANUSIA TERBAHAGI KEPADA 3 LAPISAN

Gambar hiasan – IBHCenter

Otak kita ni terbahagi kepada 3 layer.

1. OTAK CORTEX (FIKIR)

2. OTAK LIMBIC (EMOSI)

3. OTAK REPTILIA (SURVIVAL)

Ketika anak menangis atau tantrum, otak limbic jadi berkuasa. Otak cortex dah hilang kuasa. Sebab ini lah tingkah laku anak kita ketika menangis & tantrum boleh jadi sangat tak terkawal.

Anak bukan mengada-ngada, tapi memang dah lost control sungguh… Masalah ni boleh jadi makin teruk!

Jika terlalu kerap anak di sindir begitu, lambat laun otak reptilia pula yang jadi masalah. Masa tu anak kita boleh jadi super pasif & Fearloop tau. Terus jadi budak yang sentiasa di hurung ketakutan. Aduh..

Sebab tu la tak boleh suruh anak diam bila dia sedang menangis, tantrum atau menjerit…

GUNAKAN CARA INI UNTUK BERHUBUNGAN DENGAN ANAK KETIKA MEREKA BUAT ‘PERANGAI’

Gambar hiasan – SirapLimau

Sebaliknya cuba cara ni ( rapport ) :

1. Kita datang dekat pada anak.

2. Pandang muka anak dengan tenang.

3. Pastikan jauh dari gangguan.

4. Beri sentuhan ( peluk, bahu atau kepala ).

5. Tunggu 1 – 2 minit ( emosi bertahan 90 saat je ).

6. Lepas tu baru kita cuba slow talk dengan dia.

InsyaAllah. Cara ni lebih selamat & anak pun tak terasa tertekan.. Cuba la kalau sungguh sayang anak. Jangan cakap diam atau mengada-ngada lagi.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×